Wednesday, December 28, 2011

PNDAAN SBPA | SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) DIPINDA | DUA PERKARA DIPINDA DALAM SBPA


DUA PERKARA DIPINDA DALAM SBPA. JPA DAN CUEPACS LAKUKAN DUA PINDAAN TAMBAH BAIK SBPA 2012 | Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju melaksanakan beberapa pindaan segera untuk menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
PINDAAN PERTAMA
Beliau berkata antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji.
PINDAAN KEDUA
Selain itu, markah ‘Exit Policy’ turut dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan.
TARIKH HANTAR
JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal pada 30 Dis ini. AMMBOI

No comments: