Saturday, December 10, 2011

[ SERAM ] TANGAN 'MISTERI' PEGANG YUNA | KONSERT PERCUMA

Salam sahabat, haaaa... saje nak kongsi gambar pelik. Gambar ni aku dapat daripada Kosmo online yang menyatakan Yuna disamping T. Kugan. Pelikkan macam mana Yuna boleh lipat tangan dia sampai macam tu, cer..  Korang cuba buat, dapat pegang tapi tak macam Yuna.  Mungkin super imposed kot. Tangan orang lain yang pegang. 

Itu just sampingan jer yang aku nak bagitau ialah Yuna akan buat Konsert Maya khusus untuk pengguna Hotlink. Di bawah ni aku patekan berita tentang konsert tersebut.

KEUNIKAN vokal dan personalitinya membuatkan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 25, berada dalam kelasnya tersendiri. Lagu Dan Sebenarnya mengangkat nama Yuna biarpun ketika itu khalayak masih tidak mengenali wajah dan personaliti sebenarnya.
Impak populariti, bakat dan kreativiti mencipta lagu, Yuna mencipta sejarah dengan menjadi artis pertama diberi peluang mengadakan konsert maya pertama di Asia oleh Hotlink.
Konsert yang akan berlangsung pada 14 Disember ini akan berlangsung secara percuma buat 10,000 pelanggan Hotlink yang bertuah. Pelanggan Hotlink hanya perlu membuat tempahan tiket di laman web www.nowyoucan.my/yuna dan mereka boleh melihat konsert Yuna secara maya itu menerusi kamera online seperti telefon bimbit mahupun komputer riba.
Menurut Ketua Bahagian Produk, Peralatan, Inovasi dan Perantauan Maxis, T. Kugan, pihaknya begitu teruja untuk menjayakan konsert pertama maya itu yang nyata sesuai dengan tagline mereka Kini Anda Boleh (Now You Can).
“Kami memilih Yuna kerana dia seorang artis yang diminati ramai dan dia juga pandai mencipta lagu sendiri. Yuna juga sukacita memberitahu dia ingin bekerjasama untuk menjayakan konsert yang boleh ditonton eksklusif secara online ini. Konsert ini adalah khas buat peminat-peminatnya yang terdiri daripada pelanggan Hotlink,” katanya pada sidang media konsert secara maya Yuna di The Bee, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

2 comments:

Unknown said...

tangan berhantu ni...hihi

amranaiman said...

agak misteri.. lepas tgk gmbr ni msti try nk buat lipat tgn :P