Salam sahabat, Salam hari Jumaat untuk semua, siapa dikalangan kita nak rugi ?? mesti takde kan, jadi hari ni jom kita beramai-ramai ke masjid awal untuk menunaikan solat Jumaat. Tak dinafikan ramai diantara kita tak terkecuali aku sendiri pun sering melengah-lengahkan ke masjid untuk solat Jumaat, kadang-kadang khutbah dah separuh baru sampai yang lagi sedih nak habis khutbah baru laaa sampai ditangga masjid.
Mengapa aku kata rugi di bawah aku nak berkongsi satu hadis tentang betapa ruginya kita datang lewat ke masjid untuk bersolat Jumaat. Dari Abu Hurairah r.a berkata , Nabi Muhammad SAW bersabda, "apabila tiba hari jumaat ada pada tiap-tiap pintu masjid, malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang, kemudian apabila imam mula duduk di atas mimbar, malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulis serta mereka datang mendengar khutbah' .
Mungkin selama ini kita tak rasa apa-apa sebab kita tak nampak kerugian yang kita hadapi, cuba kalau kita lambat pergi ke masjid untuk solat jumaat, automatik duit dalam bank kita akan berkurang seratus, mesti yang ramai akan datang awal kan!!! itu rugi di dunia...Jadi kepada sahabat yang berkesempatan ke masjid pada awal waktu untuk menunaikan solat Jumaat alhamdulillah .
Wassalam
No comments:
Post a Comment