Friday, December 23, 2011

SIARAN LANGSUNG KELANTAN VS PERSABAYA 23 DIS 2011 | PIALA PERMAI 2012


SIARAN LANGSUNG KELANTAN VS PERSABAYA 23 DIS 2011 | PIALA PERMAI 2012. ASTRO ARENA SIAR PERLAWANAN KELANTAN FA VS PERSABAYA BAGI MEREBUT PIALA PERMAI. Berita gembira kepada semua penyokong The Red Warriors luar negeri selepas pihak Astro bersetuju menyiarkan secara langsung perlawanan Kelab Antarabangsa Yayasan Persahabatan Malaysia Indonesia (Permai) di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu. Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, pihak Astro secara rasminya telah menyatakan persetujuan untuk menyiarkan perlawanan tersebut secara langsung di saluran mereka pada tarikh berkenaan.

Perlawanan yang akan menemukan juara Liga Super Malaysia 2011 melawan Persebaya yang beraksi Liga Prima Indonesia akan diadakan secara timbal balik dengan Kelantan menjadi tuan rumah pada perlawanan pertama. Pertemuan awal diadakan di Kota Bharu pada 23 Disember bermula jam 8.45 malam manakala timbal balik diadakan di Surabaya, lima hari selepas itu. Kejohanan ini merupakan anjuran bersama Liga Prima Indonesia dengan Malaysia Super League (MSL) serta dipersetujui Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

1 comment:

RHI said...

woooo...best ni, kena tengok kan