Friday, December 23, 2011

SUBHANALLAH | KUCING BERTELINGA EMPAT


SEEKOR kucing yang diberi nama Yoda sangat istimewa dan menjadi binatang kesayangan seisi rumah kerana dilahirkan dengan sepasang telinga tambahan. Pasangan yang memelihara binatang itu di Illionis, Chicago, Valerie dan Ted Rockmengutip kucing itu dua tahun lalu selepas mereka melawat bar tempatan, di mana ada sekumpulan peminum sedang memegang kucing itu dan mempermainkannya.

Sejak dipelihara oleh pasangan itu, kucing yang berusia dua tahun telah mendapat perhatian seperti selebriti oleh media antarabangsa setelahgambarnya disiarkan di Internet. Ted Rock telah menerima panggilan dari Good Morning America, Fox News dan The Tyra Banks Show iaitu rancangan tv yang terkenal. Kucing itu juga telah menghiasi halaman akhbar tabloid British yang sangat popular iaitu Guardian London.

Nama Yoda diambil sempena watak dalam Star Wars yang bertelinga runcing. Walaupun penampilan pelik, ia adalah kucing yang normal dan penyayang dan membawa kegembiraan kepada pemeliharanya.Kewujudan telinga tambahan Yoda adalah disebabkan hasil mutasi genetik. Pemilik Yoda mengawal ketat haiwan kesayangan mereka yang amat disayangi kerana mereka bimbang ia akan dicuri kerana keunikannya.

sumber ; freemalays

1 comment:

Noraien said...

subhanAllah,keajaiban Allah ;)