Tuesday, December 27, 2011

SITI NURHALIZA TIDAK BERTUDUNG UNTUK JADI “MADONNA”?


KUALA LUMPUR – Sekilas pandang, gambar-gambar kulit majalah GLAM yang menampilkan penyanyi diva tanahair, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, ini mampu membuat ramai peminat melatah dan melenting kerana ia seakan-akan mempamerkan beliau tidak lagi bertudung. Gambar-gambar kulit majalah tersebut yang menampilkan Siti Nurhaliza seolah-olah mewarnakan rambut dan beraksi tidak memakai tudung kepala di depan lensa kamera sedangkan beliau sudah bertukar kepada imej bertudung sejak beberapa tahun sebelum ini.
Namun hakikat sebenarnya, isteri kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K itu memakai serkup di kepala untuk menutup rambut dan hanya memakai rambut palsu bagi sesi pergambaran eksklusif majalah tersebut. “Untuk cover Glam, Datuk Siti dipakaikan rambut palsu sepenuhnya malah masih memakai serkup di bahagian belakang kepala.
“Efek grafik dan pencahayaan membuatkannya nampak seakan tidak melitupi langsung rambut. Siti juga tidak memerangkan rambutnya untuk penggambaran ini,” kata editor majalah berkenaan yang dipetik dari blog hiburan terkenal, Beautifulnara.com. Gambar-gambar tersebut berkonsepkan Siti Nurhaliza sebagai penyanyi seksi barat, Madonna, dan bakal diterbitkan untuk majalah itu untuk edisi Januari tahun depan.
Bagaimanapun, imej tersebut dijangka tetap tidak akan memuaskan hati sesetengah peminatnya memandangkan beliau masih lagi tidak menutup auratnya sebagai wanita muslimah sepenuhnya apabila mendedahkan bahagian leher dan atas dadanya.
Ramai di kalangan artis wanita tanahair yang sebelum ini berimej seksi dan tidak mengenakan tudung telah ‘berhijrah’ menampilkan imej bertudung yang lebih Islamik, namun perubahan positif tersebut masih mengundang sindiran sinis dari segelintir peminat yang mahu mereka menutup aurat sepenuhnya.
sumber : mynewshub
p/s : dari sudut hukum aku tak berani nak komen, tapi bagi aku tak sepatutnya siti buat macam ni..maaf laa sesiapa yang meminati siti, ini just pendapat aku.

8 comments:

khairul said...

aku dh x suka dia

Yatie Awang said...

betul tu, dari segi hukum susah kita nak cakap. namun orang yang lebih arif lebih mengetahui, cuma dari apa yang kita semua belajar dan tahu memakai rambut palsu hukumnya Haramkan?

Adam Haiqal said...

xpelah..mulut orang kita tak boleh tutup..kalau mulut tu dah besar mcam mulut tempayan,they'll keep potpetpotpoett sampai bila2 ;D

LintasKoran said...

nice share

Thanks

KhaiRin said...

tanggal kn je trus dr trus jd bahan umpatan org..

♛RaRa♛ said...

apapon saya doakan terbaik wat siti....^-^*saya suka tengok siti bertudung lebih manis,sopan^-^

Khairil said...

awat dia tak tiru maradona saja?...

Bui Junaidi said...

bui minat Siti,jd sila jgn kutuk Siti..hehehe..mula2 bui tengok gmbr ni pun ingatkan mmg Siti tak pakai tudung,rupanya kamrea trik yer..nasib baek,kalau betullah Siti warnakan rambut,tak taulah mcm mana