Saturday, December 31, 2011

TAHUN BARU 2012 | AWAS !!! HARI 'ITU' MAKIN HAMPIR.


Salam sahabat, apa aktiviti malam ni, macam-macam aktiviti yang aku percaya masing-masing dah ada dalam kepala khusus untuk menamatkan tahun 2011 ini secara tidak langsung meraikan kedatangan 2012. Namun kita sebagai umat islam ada had dan garis panduan yang perlu diikuti dalam menzahirkan sesuatu yang pada pendapat aku hanya untuk  meraikan satu tempoh penambahan masa yang kita guna pakai sekarang dalam menetapkan umur kita dan ianya tidak lebih daripada itu.



Apa yang penting kita perlu bersyukur, bersyukur  kerana diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus bernafas untuk hari yang berikutnya. Tahukah kita bahawa masa dan umur kita bergerak secara berlawanan. Masuknya tahun baharu menandakan semakin umur kita sampai ke penghujungnya. Berkurang dalam erti kata hampirnya kita pada hari nyawa kita akan dicabut dari badan.


Adakah cerdik kita menyambut kekurangan  itu dengan berpesta dan berhibur ?. seumpama kita sesat di hutan belantara dan kita meraikan bekalan makanan yang semakin berkurang. Umur kita sentiasa berjalan, samada menjelang tahun baharu ataupun tidak, jika tidak bertambah tahun ia bertambah bulan, ia bertambah hari , ia bertambah jam dan bertambah saat sehinggalah ia berhenti.

Jika hidup ini umpama kita masuk ke dewan peperiksaan alangkah bagusnya, kerana kita tahu masa masuk dan masa tamatnya. Kita akan berusaha gigih menjawab semua soalan sebelum tamatnya masa. tetapi hidup ini hanya masa masuknya sahaja yang kita tahu (tarikh lahir) tetapi masa tamatnya kita tidak tahu bila. Kerana itulah kita disyorkan untuk beribadat seperti akan mati esok hari dan bekerja seperti akan hidup seribu tahun lagi. Semoga pertambahan masa ini akan lebih mendekatkan diri kita semua kepada yang maha berkuasa.Kerana hari 'itu' yakni kematian kita pasti akan tiba.......

Wassalam.

No comments: