Wednesday, December 14, 2011

[TERANIAYA] FIZO TERBEBAN HUTANG 2.5 JUTA | KAWAN MAKAN KAWAN BERHATI-HATI.


Salam sahabat, hari ni dalam metro terpampang berita pelakon baru Fizo yang mendakwa ada pihak yang tidak bertanggung jawab menggunakan nama beliau untuk membuat pinjaman. pinjam kalau sikit takpe ni RM2.5 juta...fuhh nak menangis kawan tu aku tengok gambar dia kat Metro online.

Kes macam ni banyak berlaku sebenarnya, kes kawan makan kawan dan mungkin terlalu percayakan pihak lain. Jadi aku nak nasihatkan diri aku dan sahabat semua lepas ni jangan mudah percaya sangat pada orang lain, terutamanya yang baru kita kenal. 

Lagi satu kalau dokumen penting seperti kad pengenalan yang kita fotokopi untuk apa-apa tujuan sekalipun sila cross dan catat atas tujuan apa salinan kad pengenalan tersebut. Banyak kes orang boleh eksploitasi salinan kad pengenalan kita sebenarnya terutamanya untuk pendaftaran talian telefon (postpaid) hati-hati ok...

Wassalam.

Bawah ni aku petik dari harian metro online...


“Hidup siapa tenteram kalau tiba-tiba terpaksa menjadi penjamin hutang lebih RM2.5 juta sedangkan saya tidak tahu apa-apa,” kata pelakon terkenal, Fizo Omar selepas menyedari dia menjadi penjamin bagi pinjaman bank yang dibuat sebuah syarikat di Damansara, di sini.Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 26, berkata dia mengetahui mengenai pinjaman itu selepas dihubungi pihak bank yang memaklumkan tunggakan bayaran oleh peminjamnya.

“Semuanya bermula pada 2008 sebelum saya menceburi bidang lakonan. Saya dilantik menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang dikendalikan seorang kenalan. “Saya keluar daripada syarikat itu pada hujung tahun sama kerana mahu menumpukan karier sebagai pelakon sehingga saya mengetahui bank menghantar notis tahun lalu kerana kegagalan menjelaskan pinjaman,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk mendapatkan bantuan perundangan di sini, semalam.

8 comments:

mas saari said...

tulah, mudah sangat percaya pada kawan...macam nilah jadinya!

sbb tu Mas takut nak jadi penjamin pada sesiapa, even adik beradik sendiri!

Ahmad Syuxer said...

2.5 juta perghhh bernanah aku kalau kena bab2 gini..hati2 la jadi penjamin..jangan sewenang2 jadi penjamin kecuali dengan kecuali..

berat nanang member dia..

niesa said...

tak pasal2 org lain kena...

kesian fizow....

SoLy SoLicious said...

sian die..bahaya kawan mkn kawan lgu ni la...haishh

Azmi Khan said...

kesian fizo....
ujian Allah untuk dia....
semoga tabah menghadapi....

khairul said...

ini yg dikatakan kwn mkn kwn

Bui Junaidi said...

kesian fizo..sanggup org aniaya org sekiut dia..hehe

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

errr banyak tu klu dh smpai juta2:(( kesian..