Saturday, June 25, 2011

awas : entry personal.......


(sebab saya suka dengan wife saya, dia suka snap gambar candid...kadang-kadang pening jugak..huhuh...snap dalam snap) huhuhu

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ini adalah entry personal kalau tak berminat pangkah je...tak paksa dan tak berkecil hati....esok genap seminggu saya pulang ke Kuching selepas bercuti selama tiga minggu di kampung halaman Kelantan bumi bertuah rasa lama sangat masa berlalu...dan hampir seminggu jugalah saya berseorangan di kuching tanpa ditemani oleh keluarga tersayang. baca entry terbaru dari syuxer berkaitan ucapan hari sabtunya, teringat pulak ketika adanya keluarga di sisi...biasanya hari sabtu dan ahad adalah hari yg sibuk kerana wife akan planing macam-macam dan saya pasti akan sentiasa mengikut sahaja apa yang dirancang (sayang bini)....

Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa saya keseorangan dan bercuti lama di kampung...inilah jawapannya...

muhammad firasz naseem

 dan secara automatiknya muhammad harraz danieal sudah menjadi abang....
hai peace...dah jadi abang

isteri saya selamat melahirkan Muhammad firasz naseem pada 8 Jun 2011 jam 0745 pagi di kota bharu medical center (KBMC) dan saya disisinya sepanjang dia bertarung nyawa untuk melahirkan muhammad firasz naseem. Permintaan darinya, dia tidak mahu dibius ubat tahan sakit dan sebagainya kerana isteri saya ingin merasai sendiri kesakitan seorang ibu melahirkan seorang anak secara normal. Anak pertama dahulu beliau disuntik ubat penahan sakit yang dipanggil epidural dimana pesakit akan di bius di tulang belakang dan kesannya pesakit akan merasa kebas dari pinggang ke bawah...sekaligus tidak merasai kesakitan semasa bersalin.

Buktinya wife saya sempat request tea o ais semasa pintu rahimnya dah terbuka sebanyak 5cm. (utk makluman utk membolehkan seseorang anak dilahirkan pintu rahim paling minimum perlu terbuka sebanyak 8 cm)...tp kalau dah 5 cm boleh request tea o ais...kira ok laa penangan epidural ni kan...tapi banyak yang kita dengar kesan sampingan jangka panjang tentang ubat bius ini pada tulang belakang, tetapi semua doktor yang saya temui berkata sebaliknya....dan mereka menganggap semua itu adalah mitos...jadi saya pun no komen pasal ni.


Sepanjang bersamanya di bilik bersalin saya dapat melihat pengorbanan seorang ibu bersusah payah melahirkan seorang anak ke dunia...alhamdulillah suasana bilik tersebut amat menyenangkan dengan alunan bacaan surah maryam yang dipasang pihak pengurusan hospital sedikit sebanyak mendamaikan keadaan yang tegang...

Dan selepas beberapa jam, alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami dengan selamatnya....patutlah islam meletakkan kedudukan seseorang ibu itu di satu tempat yang paling istimewa, jawapannya telah berlaku di depan mata saya. dan sekarang ini pun isteri masih berkorban berjaga malam tanpa saya di sisi, itu pun atas permintaan isteri untuk berpantang di kampung kerana di kampung beliau rasa lebih senang.

Dan mungkin entry ini menjawab persoalan mengapa saya sentiasa berbloging sekarang....mungkin selepas raya nanti wife dah masuk kerja dan tangungjawab pada dua orang anak akan sedikit mengurangkan masa untuk berbloging...namun harrazdani insyaallah tidak akan sepi, mungkin kurang berblogwalking jer. biasa laa bapa muda ni banyak komitmen.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca kisah personal saya ini....saya sebenarnya tak suka tulis pasal isu personal ni di blog dan ini merupakan entry personal yang pertama dan terakhir...mungkin ada lagi tapi lima tahun yang akan datang (anak ketiga) tu pun kalau ada rezeki tapi saya rasa dah cukup dah...tapi wife cakap selagi tak dapat anak perempuan dia tak puas hati...jadi saya mengiyakan aja lah..huhuu:) kerana itulah perempuan sentiasa memikirkan kesempurnaan dalam sebuah kehidupan.......

26 comments:

Chegu Zubir said...

betapa besarnya pengorbanan isteri dan ibu..

jom baca
Botak Kepala Utk Jadi Bomba...Prosedur @ Saje2????

ecadwinkyasha said...

tahniah tahniah tahniah..da masuk dua yer....

pengorbanan isteri mmg besar.tu la laki kena jaga baik2.hikhikhik

p/s: heran gak bila ada laki yang nak cari pompuan lain.grrrram sgt dengan lelaki jenis ini.hikhikhik :)

kotak bulat said...

geramnya tengok muhammad firasz naseem.. comel sangatt....

Azzah said...

adeh,citer pasal bersalin lah pulak...takut dah ni walaupun lambat lagi...apa pun tahniah...comel sesangat.moga-moga anak saya ni comel jugak macam anak sulung awak kat header tu.tu pasal lah rajin datang sini..:)

Wanie said...

tahniah ye dapat cahaya mata..
nanti mesti comel mcm abg die gak..=)

berani ek masuk bilik bsalin skali?hehe

Sue said...

wahhh...tahniah ye baru dapat baby... sy sentiasa jatuh cinta dengan firas... opsss bukan firasz okeh... :)

Freaky said...

tahniah dapat baby baru :D

MARIA LIZA said...

tahniah la ye...saya pun 2 orang anak perempuan..Hubby kata laks selagi tak dpt anak lelaki dia nak saya beranak juga..dahtu camne??kalau dulu orang suka tukar2 senduk, kita boleh le tukar ye tapi nak tukar ape ye??? cousin maria ambik epidural dah dpt side effectnya terutama waktu hujan...terasa sengal & bisanya..

Liyana Zahim said...

Taniah.. I lke da term snap dalam snap.. Hihih..~

Syuxer said...

tahniah bro..:)..bestnya harraz dah dapat adik..comel weh anak kedua bro..rasa nk cubit je pipi dia..

pengalaman bro bersama saat isteri melahirkan anak,adalah tindakan terpuji..:)..

semoga bro akan dapat anak perempuan yang comel mengalahkan lisa surihani..:)..InsyaAllah..

Ratu Tak Cantik said...

wah..bestnya..alhamdullilah..tahniah ye.. da dapat 2 hero..harrazdani pun dah jadi abang.. :)

ArulchelseA said...

tahnih bro...dikurniakan anak..smoga rezeki bertmbah... smga bhgia..

wan_cikgumuzik said...

terharu baca entri ini,,, bini aku baru jerr keguguran anak sulung aku 4 bulan lepas.. memang terasa sgt kebahagian mendapat cahaya mata kan..??

tahniah bro.. harap lepas nih dapat anak pompuan plak...

anak sulung lu rock laa sbb rambut panjang..!! i like it..!!

Titisan Hujan said...

2 2 putera..tahniah
^^,

fardhilah said...

syukur alhamdulillah n congrates!

el-janna said...

mmg perit melahirkan.. saye pun pernah tengok 10 orang 0.o"
ngaaaaaaaaaaa

cunndaa said...

tahniah abg dan isteri...
smg bhgia ke akhir hayat ^^

cucu umie said...

tahniah bro dapat disamping isteri semasa melahirkan anak..ayie xthu lagi bila..hohoh btw, ayie ingt lagi 2tahun lepas ayah ayie pon ad disamping umi mase umi lahirkan twins.. itulah pengorbanan seorng ibu dan isteri.. selain dripada itu, hope anak2 itu menjadi anak2 yg soleh..incya-Allah amin44x..

Khairil said...

tahniah bro..boleh seorang lagi cahayamata....

s u a r a h e a R t y said...

congrats ! putera - putera yg sgt ensem. . .

zoulmzmn said...

org kb ke?

Jiejah Gorjes said...

ohooo tahniah2...mmg comel2..rasa mcm nk kidnap jer hahahaha

syrupmasin said...

perghhh..dah 2 anak..bestt gilee..adoii bile nk dpt anak sendiri nih :D

caliph shuriken said...

congratz bro ^^
ank sulung tu mcm artis sbb dia fotogenik, hikk...

latest en3: ada apa dengan botol mineral

Bui Idzra Ryn said...

o..ni harraz mesti kerja kat kuching yer..hihihi..tahniah sbb dpt anak ke-2..bui baru tahu ni..mmg ketinggalan ketapi betul lah..huhuhu

EiZaRaZiErYa said...

alahai sweetnye~ comel2lah anak2 die~ m0ge besar nanti dpat membantu mak ayah die pulak~ wink3 >_<