Monday, January 30, 2012

BUKIT AMAN NAFI KHABAR ANGIN IGP MENINGGAL DUNIA


Polis Diraja Malaysia hari ini menafikan hebahan palsu bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah meninggal dunia di London. Dalam laman Facebook, Bukit Aman berkata tindakan itu dipercayai disebarkan pihak tertentu yang berniat jahat. “Beliau dalam keadaan baik dan berada di sana bagi lawatan kerja bersama Polis United Kingdom,” petik tulisan di laman Facebook itu.

Ismail juga dilaporkan memenuhi setiap program diaturkan sempena lawatan rasmi beliau ke United Kingdom.Beliau berlepas ke United Kingdom, 25 Januari lalu dengan ditemani isteri, Puan Sri Suriati Md Sobri . Ismail dijadual akan turut menyampaikan taklimat mengenai perkembangan keselamatan di Malaysia kepada pucuk pimpinan polis dan pasukan keselamatan negara itu.

P/S sekarang ni dah macam trend pula fitnah atau khabar angin pasal mati-mati ni...hmmm

1 comment:

Diari Si Froggie said...

adui..makin berleluasa fitnah2 macam nie