Wednesday, January 25, 2012

FACEBOOK LUBUK PELABURAN HARAM | TIPS DAN CARA UNTUK MENGELAKNYA


Salam sahabat, dalam paper semalam ada menyebut tentang berita bertajuk 'facebook lubuk pelaburan haram". Dengar pada tajuk tu mungkin ada yang tersenyum. Tersenyum ada dua kemungkinan, pertamanya mungkin pengalaman  dah terkena dengan penangan pelaburan internet ni dan yang kedua tersenyum sebab terfikir ada lagi insan yang pendek akalnya kerana senang terpengaruh dengan perkara-perkara sebegini.

Di bawah aku senaraikan ciri-ciri skim pelaburan haram di internet. Bila baca ni harap-harap jangan mudah percaya lagi perkara-perkara macam ni yer. Skim yang disyaki menipu ni ialah :-
  • Perlu merekrut (mencari pelabur baru) orang lain untuk turut sama dalam pelaburan tersebut.
  • Menjanjikan pulangan yang tinggi hingga mencapai 10 peratus sebulan atau lebih (pulangan pelaburan teritnggi biasanya di antara lapan hingga 15 peratus setahun)
  • Beroperasi sepenuhnya melalui internet, tiada alamat dan bangunan operasi fizikal.
  • Hanya berpandukan kepada penerangan jurujual atau mereka yang menceburi dan bukannya pihak media atau pakar diiktiraf.
Kesimpulannya hujung pangkalnya adalah sikap kita sendiri. Memang lumrah manusia zaman sekarang ni, nak yang mudah dan cepat, terutamanya dalam perkara yang berkaitan pulangan kewangan.

Oleh kerana itu seelok-eloknya periksa atau selidik  dahulu skim yang nak kita ceburi tu lagi senang pergi Permodalan Nasional Berhad (PNB) je, banyak skim pelaburan yang boleh kita pilih di sana dah tentu terjamin dari segi hukum dunia. 

1 comment:

Diari Si Froggie said...

ea..tersenyum sebab berita nie dah byk kali keluar, tapi masih ada juga orang yang tak berhati2.