Monday, January 2, 2012

JERSI BAHARU KELANTAN FC MUSIM 2012 | JERSI BAHARU RED WARRIORS MUSIM 2012


JERSI BAHARU KELANTAN MUSIM 2012 | JERSI BAHARU RED WARRIOR MUSIM 2012, Tahniah kepada presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa, semua pengurusan KAFA dan pemain The Red Warriorss 2012 diatas kejayaan melancarkan jersi, barangan KAFA, Kiosk Warriors dan Tiket atas talian. Program dilangsungkan disambut meriah dengan pelbagai acara dilangsungkan bagi mengisi masa lapang pengunjung yang hadir. Lebih 5000 peminat The Red Warriors memenuhi ruang legar dewan utama Kelantan Trade Center sehingga berlaku sedikit kesesakan jalan utama.


Pelancaran ini juga menyaksikan Kelantan terus unggul menerajui kemajuan bolasepak Malaysia kerana sejak KAFA memperkenalkan produknya pada 2010 sehingga kini masih belum ada pasukan yang berani mempelopori bidang pengeluaran produk sukan pasukan sendiri kecuali hanya jersi sahaja menjadi pilihan semua pasukan. Kini senarai barangan sudah melebihi 100 item dan dikeluarkan untuk semua peringkat umur dan serta jantina.

Jika dilihat kepada jersi yang dikeluarkan pada tahun 2012, KAFA mengambil langkah berani menyenarai jersi keluaran Warriors iaitu jenama KAFA sendiri sebagai antara jersi yang akan dipakai sepanjang perlawanan liga Malaysia 2012, berbeza pada tahun lepas (2011) jersi jenama Warriors sekadar replika jersi untuk peminat sahaja. Lapan nama penaja terpampang jelas di jersi keluaran terbaru ini dan menjadikan pasukan tunggal yang memiliki banyak barisan penaja.

Terima kasih kepada semua barisan penaja yang terus setia menaja pasukan kesayangan lebih 1 juta rakyat Kelantan ini. Keyakinan barisan penaja sudah cukup untuk membuktikan nilai emas pasukan dan penyokong Kelantan dimata mereka.Tanpa sokongan padu dan ramai penyokong setia The Red Warriors mustahil barisan penaja sudi menabur wang ringgit menaja pasukan tanpa pulangan kepada mereka, disamping logo syarikat dibawa ke seluruh dunia oleh penyokong Kelantan yang bermastautin di luar Kelantan dan luar Malaysia. Inilah kehebatan penyokong yang tidak mungkin ada pada penyokong pasukan lain. Jelaslah penghijrahan mereka turut membawa kemajuan pada pasukan dan negeri kelahiran mereka.

Namun kejayaan demi kejayaan dan tranformasi demi transformasi yang dibawa The Red Warriors di harap tidak melalaikan semua pihak dalam memastikan keunggulan bolasepak Kelantan terus terjamin dan tetap dihati seluruh peminat Kelantan. Tahniah sekali lagi diatas kejayaan anda dan pasukan anda. Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pencinta sejati bolasepak Malaysia......Tutup buku 2011 dengan tercatat andalah penyokong paling bernilai bolasepak Malaysia 2011.
 sumber : redwarriors

1 comment:

Diari Si Froggie said...

ada perkataan happy la..hehe