Sunday, January 1, 2012

ENTRY PERTAMA UNTUK 2012 | SELAMAT TAHUN BAHARU DAN TERIMA KASIH SEMUA


Salam sahabat, selamat tahun baharu 2012, entry pertama di tahun 2012 semoga kadatangan tahun 2012 akan lebih memberi makna dan pengertian dalam hidup kalian semua. Tahun 2011 sudah pun berlalu dengan jayanya alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNYA. Peristiwa pahit dan  manis pada 2011 sudah menjadi satu sejarah yang akan tersimpan rapi dalam sanubari masing-masing buat selamanya. 

Dalam kita mengejar dan berusaha untuk memenuhi azam dan objektif   tahun 2012 jangan kita lupa bahawa setiap apa yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di mahsyar kelak, jadi sentiasa berhati-hati dan cakna agar tidak terpesong dari landasan yang digariskan kepada kita semua. Semoga tahun 2012 ini akan menjadi satu tempoh masa yang lebih gemilang dan ada sesuatu yang boleh dikenang sampai ke akhir hayat. 

Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat yang sentiasa hadir memberi sokongan dan membaca entry-entry di Harrazdani, Sedar tak sedar Harrazdani dah hampir menuju ke setengah juta klik, terima kasih sahabat. Selain daripada itu, Mungkin ada yang boleh dijadikan pedoman dan tauladan dari blog ini untuk kalian simpan sebagai renungan dan jika ada perkara yang tidak berkenan di hati diharap buanglah ia agar tidak menimbulkan rasa tidak senang pada blog ini. 

Wassalam

8 comments:

Ana Amalina said...

selamat tahun baru..smoga apa yg d impikan akan tcpai..insya allah

Cik Asma BLuppy said...

hapy new year...

Pamie said...

selamat tahun baru 2012 bro :)

Diari Si Froggie said...

Selamat Tahun Baru Harazdani :)
Semoga apa yang dirancang akan terlaksana tahun 2012 ini.. Aida akan terus support harazdani :) ur r my best friends dalam bidang blogger ini :)

RHI said...

selamat tahun baru HD, InsyaAllah...takkan lupa tanggungjawab pada yang SATU,...semoga lembaran tahun ini lebih bermakna

ZWAN SABRI said...

Yeah! diharapkan semoga tahun 2012 akan menjadi tahun yg gemilang utk kita kenang sepanjang hayat.. amin! :)


MySuaraBlog: Drama 2012 Kini Bermula..

Unknown said...

happy new year la tgh packing nk balik penang lepas seminggu cuti kt KL

wan_cikgumuzik said...

happy new year bro.. :D