Salam sahabat, selamat tahun baharu 2012, entry pertama di tahun 2012 semoga kadatangan tahun 2012 akan lebih memberi makna dan pengertian dalam hidup kalian semua. Tahun 2011 sudah pun berlalu dengan jayanya alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNYA. Peristiwa pahit dan manis pada 2011 sudah menjadi satu sejarah yang akan tersimpan rapi dalam sanubari masing-masing buat selamanya.
Dalam kita mengejar dan berusaha untuk memenuhi azam dan objektif tahun 2012 jangan kita lupa bahawa setiap apa yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di mahsyar kelak, jadi sentiasa berhati-hati dan cakna agar tidak terpesong dari landasan yang digariskan kepada kita semua. Semoga tahun 2012 ini akan menjadi satu tempoh masa yang lebih gemilang dan ada sesuatu yang boleh dikenang sampai ke akhir hayat.
Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat yang sentiasa hadir memberi sokongan dan membaca entry-entry di Harrazdani, Sedar tak sedar Harrazdani dah hampir menuju ke setengah juta klik, terima kasih sahabat. Selain daripada itu, Mungkin ada yang boleh dijadikan pedoman dan tauladan dari blog ini untuk kalian simpan sebagai renungan dan jika ada perkara yang tidak berkenan di hati diharap buanglah ia agar tidak menimbulkan rasa tidak senang pada blog ini.
Wassalam
8 comments:
selamat tahun baru..smoga apa yg d impikan akan tcpai..insya allah
hapy new year...
selamat tahun baru 2012 bro :)
Selamat Tahun Baru Harazdani :)
Semoga apa yang dirancang akan terlaksana tahun 2012 ini.. Aida akan terus support harazdani :) ur r my best friends dalam bidang blogger ini :)
selamat tahun baru HD, InsyaAllah...takkan lupa tanggungjawab pada yang SATU,...semoga lembaran tahun ini lebih bermakna
Yeah! diharapkan semoga tahun 2012 akan menjadi tahun yg gemilang utk kita kenang sepanjang hayat.. amin! :)
MySuaraBlog: Drama 2012 Kini Bermula..
happy new year la tgh packing nk balik penang lepas seminggu cuti kt KL
happy new year bro.. :D
Post a Comment