sumber fb redwarriors
Salam sahabat, malam ni ke semua pasukan di Liga Super 2012 telah selesai mengharungi 5 perlawanan dan Kelantan dilihat masih unggul di persada Liga dengan 13 mata dan satu-satunya pasukan yang belum mengalami kekalahan setakat ini. Kelantan mencatat kemenangan bergaya pada malam ini dengan menumbangkan pasukan ibu kota Kuala Lumpur dengan jaringan 3-0 hasil ledakan padu dari tiga trio (bukan datuk T ) iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Badri Radzi dan Danny Antwi.
Manakala Pasukan Terengganu mengekori rapat dengan 12 mata selepas mengalahkan Lion XII dengan 1-0 hasil jaringan cantik awang importnya. (nama tak ingat sorry).. Setakat ini Kuala Lumpur masih belum memenangi sebarang perlawanan dan pasukan tersebut terhumban ke tangga tercorot liga. Mungkin sesuatu perlu dilakukan oleh Aziz selaku ketua jurulatih agar Kuala Lumpur keluar dari zon penyingkiran tersebut.
Apapun saingan masih terlalu awal dan mana-mana pasukan masih belum boleh mendabik dada berpuas hati dengan kedudukan sekarang. Apa yang pasti tahun 2012 ini aku harap Liga Super menjanjikan satu persaingan yang hebat dan corak permainan yang bermutu dalam meningkatkan taraf bola sepak negara kita insyaallah.
3 comments:
lepas 6 perlawanan lah...
liga super 2012..
LIONS VS KELANTAN 1-2
KELANTAN VS PKNS 1-1
KELANTAN VS JOH0R FC 2-1
KEDAH VS KELANTAN 0-3
KELANTAN VS K.LUMPUR 3-0.
en anon rujuk liga mana???..:) boleh bagi link..
haha.. saje je.. pening lah tu.. kikiki..
Post a Comment