Sunday, January 8, 2012

KELANTAN VS LION XII 10 JAN 2012 | KAFA DITUNTUT MEMBERI PENJELASAN TENTANG NASIB NURUL AZWAN ROYA


KELANTAN VS LION XII  10 JAN 2012 | KELANTAN VS LION XII PERLAWANAN PERTAMA LIGA SUPER 2012,  Salam sahabat, nak komen banyak-banyak pun tentang kekalahan pasukan Kelantan vs Negeri Sembilan rasanya sudah tidak memberi apa-apa makna. Jadikan perlawanan sebentar tadi pengajaran paling berguna kepada pasukan TRW untuk terus bangkit selepas ini kerana perlawanan pertama Liga Super 2012 ini akan menjanjikan satu cabaran berbeza kepada pasukan TRW.

Pertamanya LION XII dibarisi dengan para pemain berkualiti yang pernah mewakili Singapura semasa menewaskan Pasukan Malaysia 6-4 ( aggregat ) dalam kempen kelayakan Piala Dunia yang lalu, lihat sahaja barisan pertahanan mereka bermula dengan penjaga gol Mahbud, pertahanan tengah Baihaki dan Safuan, pertahanan kanan Juma'at Jantan kesemuanya adalah barisan pertahanan yang sangat ampuh untuk ditembusi. Manakala di bahagian serangan  tak perlu aku perkenalkan Shahril Ishak yang menunjukkan tanda "L" ketika Malaysia kalah di tangan mereka tempoh hari.

Selain daripada itu para pemain liga Super Malaysia khususnya TRW akan bermain di atas padang tiruan yang mana sangat memberi kelebihan kepada pihak lawan. Kalau sahabat belum lupa, bagaimana pasukan kebangsaan kita berhempas pulas menyesuaikan diri di atas padang tiruan itu sebelum bangkit merapatkan kedudukan. Itu yang perlu difikirkan sekarang daripada memikirkan Piala yang sudah terlepas ke tangan paukan yang lebih layak Negeri Sembilan.

Ternyata laluan TRW dalam permulaan Liga Super agak sukar namun para pemain dan pihak pengurusan disaran agar segera membuat 'post moterm' terhadap kekalahan malam ini, terutamanya pengenepian Nurul Azwan Roya yang menjadi tanda tanya kepada seluruh peminat bola sepak Kelantan pada masa kini. 

Mengapa seorang pemain yang baik persembahannya musim lepas dengan larian dan kebolehan membuat gelecekan dan crossing yang baik diketepikan begitu sahaja tanpa diberi peluang langsung bermain walaupun sebagai pemain gantian. Bagi aku perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan KAFA dan penerangan tentang isu ini perlu dipandang serius. Adakah disebabkan masalah kecergasan atau disiplin ? peminat perlu tahu perkara ini.

Kesimpulannya, sebelum ini Kelantan sudah dimalukan oleh Persebaya FC dari Indonesia dalam perlawanan Piala Unity, mungkin ramai beranggapan itu hanya perlawanan persahabatan tetapi perlawanan pada 10 JAN 2012 ini penting agar Kelantan tidak dimalukan buat kali kedua oleh kelab dari pasukan jiran 

Wassalam.

No comments: