Saturday, January 7, 2012

[FUTURA] GAMBAR AARON AZIZ DAN NORA DANISH SEWAKTU TUA | HIDUP TIDAK SELAMANYA MUDA...

 sekadar hiasan

Salam sahabat,  tengok gambar yang aku ambil dari beautifulnara gambar pelakon paling top di Malaysia ketika ini yang digambarkan wajahnya sewaktu tua. Masih hebat bergaya kalau ikutkan futura yang dihasilkan. Untuk gambar Aaron Aziz Orang kata lelaki ni semakin berumur semakin hensem  kalau ikut pepatah orang barat ' life begins at forty'.. betul ke? gambar Aaron tu sebagai hiasan jer, just ingin mengingatkan sahabat semua kita tak selamanya tua dan cantik, yang nak aku kongsikan disini ialah dalam islam pun ada ayat yang mengaitkan dengan usia 40 tahun ni. Mungkin kita tak perasan selama ni.

Tetapi jika kita kembali kepada islam yakni kepada Allah SWT yang maha mencipta usia, yang menetapkan panjang dan pendeknya umur seseorang itu. Maka di dalam al Quran ada memberi pengertian  tentang umur 40 tahun ini yang penuh makna dan menyentuh jiwa kepada para sahabat yang ingin berfikir.


“dan Kami berpesan kepada insan agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan kepayahan dan melahirkannya dengan kepayahan, dan tempoh mengandung beserta menceraikan susunya ialah tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat matang yang sempurna dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, maka dia berdoa: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah untuk kebaikan dalam zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)” (Surah al-Ahqaf: 15). sumber

Allah dalam ayat di atas mengingatkan insan tentang sejarah hidupnya yang pernah dikandung ibu, agar dia tidak lupa setelah lama hal itu berlalu. Insan diingat tentang payahnya pengorbanan tersebut. Setelah dia dilahir dalam keadaan yang sukar itu, dia mula melalui perjalanan hidup sehingga ke usia matang. Al-Quran tidak pula menyebut tentang berapakah usia matang tersebut. Para mufassirin berbeza pendapat. Namun, ia barangkali sekitar antara 30an ke 40an. Ada yang lebih awal, dan ada pula yang mungkin terlambat. Apapun, insan apabila sampai usia empat puluh maka itu adalah tarikh yang wajib untuk dia mengingati dan menginsafi hakikat kehidupan yang dilaluinya selama ini - sumber

Ungkapan 'life begins at forty' pada aku memang sesuai jika kita beranggapan sebagai had atau batas umur dimana kita review balik apa yang dilakukan sepanjang 4 dekad kita bernafas di dunia ini. Jangan pula semakin umur meningkat semakin 'menjadi' pula perangainya. minta dijauhkan nauzubillah. gambar Nora Danish pun ada kat bawah ni.

1 comment:

Aida Omar said...

hensem dan kecantikan mereka still ada walaupun wajah tua..