Saturday, January 7, 2012

SYARAT -SYARAT PERHIMPUNAN 901 | SYARAT- SYARAT YANG PERLU DIPATUHI OLEH PENGANJUR DAN PESERTA 901


SYARAT -SYARAT PERHIMPUNAN 901 | SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIPATUHI OLEH PENGANJUR DAN PESERTA 901. Salam sahabat, seperti yang kita sedia maklum perhimpunan 901 akan diadakan pada 9  JAN 2012 di perkarangan Mahkamah Jalan Duta bagi mendengar keputusan perbicaraan DSAI. Walaupun perhimpunan ini dibenarkan oleh pihak polis namun pihak PDRM telah menggariskan 10 syarat kepada para peserta perhimpunan 901 untuk dipatuhi sepanjang perhimpunan tersebut dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut yang aku dapat dari facebook PDRM :-


1. Penggunaan risalah/ banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa perhimpunan berlangsung.

2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ tidak dibenarkan. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3. Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.

4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir mahkamah.

7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.

9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

10.  Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

selamat berhimpun. Wassalam

3 comments:

mas saari said...

takut nanti bila dah berhimpun syarat2 pun lupa..

Aida Omar said...

sangat telus kerajaan kita nie..cuma segelintir rakyat je yang kurang kefahaman..huhu

Terbelog said...

blh ikut ke
x caye aku