Saturday, January 7, 2012

KEPUTUSAN PENUH KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN 7 JAN 2012 PIALA SUMBANGSIH 2012 | MALAM PENENTUAN

KEPUTUSAN PENUH KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN 7 JAN 2012 PIALA SUMBANGSIH 2012 AKAN DIKETAHUI MALAM INI | KEPUTUSAN TERKINI KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN 7 JAN 2012 PIALA SUMBANGSIH 2012.  Perlawanan yang pada mulanya akan dilangsungkan di Stadium Muhammad IV telah ditukar venuenya kerana faktor cuaca.  Keputusan ini  dibuat berikutan cuaca yang diramalkan hujan berterusan sehingga sabtu ini yang mungkin boleh merencatkan kerancakan perlawanan tersebut. Kemungkinan FAM tidak mahu mengambil risiko pengumuman saat akhir yang boleh menjejaskan persiapan semua pihak termasuk penyokong kedua-dua pasukan.

Untuk makluman format perlawanan juga mengalami sedikit perubahan apabila tiada kiraan mata untuk kedua-dua pasukan yang bertanding dalam merebut piala ini. Mungkin langkah ini sedikit sebanyak akan merencatkan kesungguhan pasukan yang bertanding kerana format terbaru ini. 

Namun perlawanan ini dilihat amat signifikan untuk kedua-dua pasukan dalam kempen mereka mempertahankan kejuaraan yang mereka raih pada musim 2011.  Bagi pasukan Kelantan sudah tentu gelaran juara Liga Super edisi 2011 akan dipertahankan untuk musim 2012 ini ditambah pula dengan kehadiran semula jurulatih Peter James Butler yang merupakan individu yang terlibat menaikkan pasukan Kelantan dengan membawa Kelantan kepentas Final piala FA pada tahun 2010.

Selain kehadiran jurulatih terebut Kelantan juga akan turut diperkuatkan dengan trio import yang dilihat sudah semakin serasi dengan bintang-bintang tempatan. Manakala pasukan Negeri Sembilan penghijrahan beberapa tonggak bintang mungkin sedikit sebanyak memberi kesan kepada persembahan keseluruhan pasukan namun dengan kepakaran yang ada pada Azrai Khor Abdullah ianya akan dapat di atasi. 

Dalam perlawanan ini nanti masing-masing akan menunjukkan tahap sebenar permainan mereka dan sudah semestinya kedua-dua pasukan akan mempamerkan satu permainan yang bermutu bagi melaungkan amaran kepada semua pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super untuk edisi 2012 ini. Kerana itulah mengapa perlawanan ini penting untuk kedua-dua pasukan. KEPUTUSAN PENUH KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN 7 JAN 2012 PIALA SUMBANGSIH 2012 AKAN DIUPDATE SEMASA PERLAWANAN BERLANGUNG.

KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN 
1-2
Stadium Nasional Bukit Jalil
0845mlm
full time

1 comment:

syuxer said...

kalau takde mata, ini cam perlawanan final yang dapat julang trofi terus..hope kita dapat pertahankan ia hehe