Friday, January 6, 2012

PERHIMPUNAN 901 | APA AKAN BERLAKU ? | JANGAN TAFSIR UNDANG-UNDANG IKUT NAFSU

Salam sahabat, makin hari semakin hampir pada tarikh keramat, tarikh yang boleh aku simpulkan sebagai kemuncak atau klimaks  penentu kepada lanskap politik di Malaysia. Tak perlulah aku nyatakan tarikh tersebut kerana semua orang Malaysia di bandar atau diceruk hutan Belaga pun aku pasti semua mengetahui tarikh yang aku maksudkan. Banyak kebarangkalian sebenarnya yang akan berlaku pada hari tersebut, sama-samalah kita berdoa agar semuanya bermula dan berakhir dengan baik dan harmoni. 

Mungkin ada dikalangan kita yang akan bertanya, mengapa perlu kita sekat kebebasan bersuara dan berhimpun? kerana itu adalah hak yang termaktub dalam perlembagaan negara kita ? soalan itu bagi aku adalah soalan yang dilontarkan oleh mereka yang tak baca habis tentang maksud artikel 10 Perlembagaan itu sendiri.

Aku bukanlah seorang lawyer nak berbicara soal undang-undang tetapi kita sebagai rakyat Malaysia dari kecil lagi ditanamkan tentang rukun negara di mana keluhuran perlembagaan itu mesti kita pegang dengan kejap selagi kita bergelar rakyat Malaysia. Jadi perkara asas yang menjadi tunjang dan isi sesuatu Perlembagaan itu perlu kita baca dan fahami. Sebagaimana juga kita sebagai seorang Islam perlu percaya dan patuh kepada rukun iman dan islam yang digariskan kepada kita.

Dalam Artikel 10  fasal (1) sememangnya ada menyebut tentang kebebasan setiap warganegara berhak dan bebas bercakap mengeluarkan buah fikiran, semua warganegara berhak berhimpun secara aman dan tidak bersenjata dan bebas menubuhkan persatuan. Namun kita perlu ingat bahawa Artikel 10 fasal (2) perenggan (a) (b) dan (c) menerangkan tentang had dan peraturan-peraturan yang perlu dijaga dan diambil kira bagi kepentingan awam dan Negara. Dan jika setelah diambil kira dari segenap aspek ianya akan mendatangkan mudharat awam  maka kuasa untuk membenterasnya adalah boleh dilaksanakan oleh pihak yang dipertanggung jawabkan.

Oleh yang demikian, nasihat aku jangan kita mentafsirkan undang-undang itu mengikut selera dan kepentingan diri, seperti mengambil mana yang kena dengan niat dan buang mana yang agak-agak tidak kena dan bercanggah dengan niat diri kita. Kepada pihak penguatkuasa juga mungkin ada ruang-ruang yang perlu dan harus diperbaiki itu aku tidak nafikan, kerana mereka juga perlu bertindak jika dirasakan perkara tersebut perlu diambil tindakan walaupun ia pasti mendatangkan kemarahan oleh pihak yang ingin berhimpun. Namun mungkin itu yang terbaik bagi mereka untuk menjaga keamanan negara dan kemaslahatan rakyat seluruhnya.

Oleh yang demikian, aku percaya dan yakin pada hari tersebut majoriti yang akan turun adalah orang melayu, dimana orang cina? orang india? apa yang pasti, mereka hanya memerhati dari jauh dan mencari ruang-ruang keemasan dicelah-celah kaum yang semakin ghairah dan hanyut dengan momokan politik. Kita sememangnya bebas untuk melakukan apa sahaja di bumi bertuah ini tetapi setiap kebebasan itu ada bahaya dan musibahnya jika tidak dipandu dan dikawal kebebasan itu dengan baik. Maka sebelum terjadinya perkara yang tidak baik  maka kita sebagai manusia yang merdeka gunalah hak berfikir sebelum kita gunakan hak -hak lain. Apa yang penting hidup jangan jadi alat, tak kiralah kepada pihak mana sekalipun. Apa akan berlaku pada hari tersebut ??  sendiri fikirlah.

Wassalam.

5 comments:

kizmyself said...

ikut rasa binasa .. ikut hati mati .. niat tak menghalalkan cara ..

arituarini said...

bersih 2.0 ada cina dan india jugak bro..klau nk mintk india dan cina sampai 800ribu susah sikit la..mejoriti malysia melayu..

apa yg akan brlaku??berhimpun lepas tu balik la..tu je..tp mesti ada yg akan ckp ye ke akan aman??? dan senang ke nak brsurai cara aman?? kenapa tk bleh..polis kan ada.. jg keamanan sesuatu perhimpunan..mcm final bola jugak la..

tp klau polis tangkap org yang timbulkan rusuhan sampai bakar sana bakar sini..aku stuju....kih kih kih

kiz:btul tu niat tk mnghalalkn cara..tp klau cara halal dan niat pun btul boleh..

khatgrafik said...

orang islam gaduh sesama sendiri, orang kafir dok gelak sambil tepuk tangan.. memalukan.

rafina mimi abdullah said...

berhimpunlah secara aman..

harrazdani said...

alhamdulillah perhimpunan dibenarkan oleh pihak polis, berhimpunlah secara aman...harap jgn ada provokasi dari mana-mana pihak.