Thursday, January 5, 2012

SIARAN LANGSUNG KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN 7 JAN 2012 PIALA SUMBANGSIH | LIVE STREAMING KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN 7 JAN 2012


SIARAN LANGSUNG KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN 7 JAN 2012 PIALA SUMBANGSIH akan ditayangkan secara langsung oleh Astro Arena 801 dan RTM1 pada 7 JAN 2012 0845 mlm (sumber Berita Harian 3 jan 2012). Para peminat yang ingin menyaksikan perlawanan tersebut melalui internet LIVE STREAMING KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN 7 JAN 2012 belum dapat dipastikan linknya buat masa ini.

Perlawanan yang pada mulanya akan dilangsungkan di Stadium Muhammad IV telah ditukar venuenya kerana faktor cuaca.  Keputusan ini  dibuat berikutan cuaca yang diramalkan hujan berterusan sehingga sabtu ini yang mungkin boleh merencatkan kerancakan perlawanan tersebut. Kemungkinan FAM tidak mahu mengambil risiko pengumuman saat akhir yang boleh menjejaskan persiapan semua pihak termasuk penyokong kedua-dua pasukan.

Untuk makluman format perlawanan juga mengalami sedikit perubahan apabila tiada kiraan mata untuk kedua-dua pasukan yang bertanding dalam merebut piala ini. Mungkin langkah ini sedikit sebanyak akan merencatkan kesungguhan pasukan yang bertanding kerana format terbaru ini. 

Namun perlawanan ini dilihat amat signifikan untuk kedua-dua pasukan dalam kempen mereka mempertahankan kejuaraan yang mereka raih pada musim 2011.  Bagi pasukan Kelantan sudah tentu gelaran juara Liga Super edisi 2011 akan dipertahankan untuk musim 2012 ini ditambah pula dengan kehadiran semula jurulatih Peter James Butler yang merupakan individu yang terlibat menaikkan pasukan Kelantan dengan membawa Kelantan kepentas Final piala FA pada tahun 2010.

Selain kehadiran jurulatih terebut Kelantan juga akan turut diperkuatkan dengan trio import yang dilihat sudah semakin serasi dengan bintang-bintang tempatan. Manakala pasukan Negeri Sembilan penghijrahan beberapa tonggak bintang mungkin sedikit sebanyak memberi kesan kepada persembahan keseluruhan pasukan namun dengan kepakaran yang ada pada Azrai Khor Abdullah ianya akan dapat di atasi. 

Dalam perlawanan ini nanti masing-masing akan menunjukkan tahap sebenar permainan mereka dan sudah semestinya kedua-dua pasukan akan mempamerkan satu permainan yang bermutu bagi melaungkan amaran kepada semua pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super untuk edisi 2012 ini. Kerana itulah mengapa perlawanan ini penting untuk kedua-dua pasukan.

2 comments:

Ahmad Syuxer said...

kemah keming demo ngulas boh..gomo kelate gomo..

ramalan kawe kelate menang 2-1..ghaddar n antwi.

ArulchelseA said...

biar berdentum guruh di langit..tp belum tentu hujan nak turun... {pepatah p/ramli) kih kih kih