Tuesday, January 17, 2012

PROF KHOO KAY KIM | HANG TUAH DAN HANG LI PO TIDAK PERNAH WUJUD


Salam sahabat, aku baca artikel tentang ketidakwujudan Hang Tuah pagi ni dan apa yang terlintas difikiran aku ialah mana datangnya ungkapan 'takkan melayu hilang di dunia'. Kalau benar Hang Tuah tak wujud siapa pula yang mengungkapkan kata-kata tersebut ? adakah kita selama ini dibuai dengan  kata-kata khayalan 'syok sendiri'  yang boleh aku simpulkan sebagai kalimah keramat mereka yang kononnya pejuang-pejuang bangsa melayu pada ketika ini..Aku nak tunggu apa reaksi mereka tentang isu ni. Di bawah aku petik dari syuxer tentang pandangan sejarawan negara Prof Khoo kay kim tentang isu ini.
Masyarakat Malaysia secara amnya mengetahui tentang sejarah negeri Melaka biar pun ada yang bukan berasal dari negeri tersebut. Antara yang paling kerap diperkatakan ialah mengenai Hang Tuah lima bersaudara, Puteri Gunung Ledang dan Puteri hang Li Po semestinya.
Menurut sejarah Melayu negeri Melaka, Puteri Hang Li Po yang berasal dari negara China merupakan isteri yang kelima bagi Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka yang telah memerintah dari tahun 1456 hingga tahun 1477.
Diselitkan juga dalam sejarah negeri itu, terdapat cerita legenda pahlawan Melaka yang terdiri daripada lima sahabat iaitu, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Kisah lima sahabat yang sarat dengan nilai-nilai persahabatan dan kesetiaan kepada raja dan negeri mereka  itu menjadi terkenal dan sering diceritakan semula oleh rakyat Malaysia.
Bagaimanapun sejarawan terkenal, Prof. Tan Sri Khoo Kay Kim yang ditemu bual oleh sebuah stesen radio tempatan, Business Radio Station (BFM) mendakwa sebaliknya. Katanya, Hang Li Po dan kelima-lima pahlawan negeri Melaka itu tidak pernah wujud! Memetik laporan daripada Free Malaysia Today (FMT), Canselor di Kolej KDU itu berkata, beliau telah membaca penulisan dari dua ahli sejarah Barat dan satu rekod sejarah oleh tokoh sejarawan terkemuka, Wang Gung Wu tentang hal ini.
Menurut rekod ahli-ahli sejarah tersebut, Dinasti Ming tidak pernah menyebut atau menulis watak pahlawan-pahlawan Melaka yang terkenal sejak zaman dahulu. “Sejarah mestilah berdasarkan rekod yang empirikal dan tepat, dan ahli-ahli sejarah hanya perlu menerima rekod bertulis yang sahih, ” katanya.
Selain itu, Kay Kim juga menyatakan tiada bukti kukuh dalam rekod-rekod Malaysia menyatakan kewujudan lima pahlawan Hang tersebut. “Tidak ada bukti dalam rekod-rekod Malaysia dan ini adalah cerita saja. Pencerita-pencerita sejarah menceritakan semula sejarah ini berdasarkan ‘cerita’ dan bukannya bukti,” tambahnya.
Untuk menguatkan lagi dakwaannya, Kay Kim memberitahu ahli-ahli sejarah telah pun menjalankan penyelidikan yang bersungguh-sunguh tentang dakwaan cerita sejarah tersebut.“Kita memang mempunyai banyak cerita tentang sejarah ini. Hanya baru-baru ini, ahli-ahli sejarah telah bersusah payah melakukan penyelidikan sejarah awal negeri Melaka itu dan mendapati banyak cerita-cerita yang dimaklumkan pada masa lalu tidak dapat dibuktikan, “katanya.
Kay Kim juga memberitahu FMT bahawa terdapat khabar angin bahawa kerajaan Melaka telah diasaskan pada tahun 1292 walaupun terdapat rekod-rekod membuktikan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-15.
Beliau menambah, kerajaan telah mengarahkan jawatankuasa sukatan pelajaran melalui sukatan pelajaran sejarah sekolah untuk membetulkan kesilapan-kesilapan seperti yang beliau dakwa. Sukatan pelajaran ini bagaimanapun hanya akan diperkenalkan pada tahun 2014 

5 comments:

khairul said...

hmm..ntah la

abgteror said...

tak kuar cbox la opis aku bro...kene block....

abgteror said...

opis aku taleh buka cbox bro....

Cikya said...

bukan setakat sejarah hang tuah hang li po je kena gubal...
realiti nya,
boleh kata, sukatan buku sejarah..
yang benar2 tahu kisah sebenar, bluffing and truth tak banyak beza...

penat kena tipu...

masa spm tak jawab soalan sukatan tingkatan 5, tak larat..
tingkatan 4 lagi menarik..
hurm~

Anonymous said...

Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Windstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.