Monday, January 2, 2012

RISIKO KLORIN KOLAM RENANG PADA KANAK-KANAK


Salam sahabat, aku nak berkongsi  satu info berkenaan bahaya klorin dalam kolam renang tertutup, diulangai tertutup. Aku tak tahu laa samada statement 'tertutup' tu untuk 'cover line' pengusaha water theme park ke apa. Tetapi para saintis memberi amaran kepada kanak-kanak yang kerap menggunakan kolam renang tertutup. 

Menurut Prof Toksokilogi dari Universiti Catholic, Louvain, Perancis. Alfred Bernard. Klorin yang terdapat di dalam sesebuah kolam renang mampu menganggu saluran pernafasan dan paru-paru serta meningkatkan risiko alahan. Kajian yang dibuat beliau juga turut menjelaskan bahawa klorin yang digunakan meningkatkan kesan kepada sistem pernafasan kanak-kanak sehingga lima kali ganda lebih serius daripada kesan asap rokok pasif.

Kesimpulannya kolam renang terbuka juga mungkin ada kesannya. Walaupun mungkin tak sampai  lima kali ganda dari kesan asap rokok pasif tetapi yang pasti risikonya pasti ada, nama pun klorin kan. Ini hanya kajian yang dibuat oleh seorang saintis terpulang kepada kita untuk menilainya.

Wassalam

3 comments:

BTS said...

alamak..anak tgh belajar berenang nih...risau pulak

Unknown said...

PATUTLAH ANAK2 BUI BILA BALIK DARI BERENANG JER,MESTI BATUK..

YELAH KAN KALAU DIFIKIR SECARA LOGIK,AIR TU MENGANDUNGI KLORIN..KALAU TERTELAN,MESTI ADA EFEK DLM BADAN..

puteri kasih said...

Bahaya juga kalau hasil kajian ini terbukti kebenarannya