Tuesday, February 14, 2012

ALIFF AZIZ 'SERASI' BERSAMA ANNE NGASRI


Kontroversi serta pergaduhan antara penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon seksi, Zarina Anjoulie yang terpapar di laman sosial, Twitter masih belum reda apabila masing-masing bertindak untuk tidak mengulas lanjut. Kontroversi itu tercetus apabila Zarina Anjoulie mendakwa Aliff Aziz telah menipunya dan meminta penyanyi Singapura itu meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan menerusi akaun Twitter miliknya pada minggu lalu.
Selain itu, Zarina Anjoilie turut menghantar entri melalui Twitter Aliff Aziz dengan seakan-akan mengugut bahawa dia ada menyimpan video yang dikatakan mempamerkan kelakuan Aliif yang sedang mabuk . Lebih hangat lagi, dalam entri yang dihantar oleh Zarina kepada Aliff itu juga, ada menyebut nama pelakon Anne Ngasri yang dikatakan ada bersama Aliff.
Namun penyanyi lagu Kalau Cinta itu ketika dihubungi oleh portal murai.com.my tidak dapat menjelaskan dakwaan tersebut sebaliknya mengaku intim berkawan dengan Anne. “Saya tidak dapat memberi apa-apa penjelasan atau komen mengenai apa yang dinyatakan oleh Zarina dalam laman sosial tersebut. “Bukan sebab takut atau hendak lari dari masalah, tetapi saya perlu menjaga hati banyak pihak terutama sekali syarikat rakaman saya iaitu Sony Music Sdn Bhd.
“Cuma saya akui, memang apa yang terjadi telah menjejaskan reputasi saya sebagai seorang penyanyi. Namun saya akan tampil untuk memberi penjelasan bila tiba masanya. “Mengenai Anne pula, saya akui kini memang sedang berkawan rapat dengannya sejak kami sama-sama dipertemukan dalam drama Antara Kita yang bakal ditayangkan di RTM tidak lama lagi,” katanya kepada murai.com.my
Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan janda anak dua itu, Aliff memberitahu Anne adalah satu-satunya teman yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya sejak dia membuat keputusan menetap di Malaysia beberapa bulan lalu.
“Saya memang rapat dan serasi bila bersama Anne. Disebabkan itu saya selesa bila bersamanya dan saya akui memang selalu berhubung serta keluar menghabiskan masa bersama. “Bagi saya, dialah satu-satunya teman yang mengambil berat mengenai saya selepas syarikat rakaman saya. Dia akan pastikan saya berada dalam keadaan yang baik.
“Dia juga banyak memberi tunjuk ajar saya tentang selok belok indusri terutama dalam bidang lakonan yang saya baru ceburi,” luahnya lagi. Bercakap mengenai masa depan hubungannya dengan Anne, Aliff akui akan menerima Anne jika telah ditetapkan Tuhan, dia adalah jodoh buatnya. “Ibu bapa saya sangat gembira apabila melihat perubahan positif saya selepas berkawan dengan Anne. Mereka juga turut merestui hubungan kami.
“Mengenai jodoh, saya hanya berdoa kepada Tuhan supaya dipertemukan dengan pasangan yang baik. Jika Anne jodoh saya, Alhamdulillah,” tambahnya. Aliff kini sedang dalam proses menyiapkan lebihan untuk album terbarunya yang bakal berada di pasaran pada 14 Mac depan. sumber

No comments: