Friday, February 3, 2012

CARA ATAU KAEDAH MENGIRA KANDUNGAN LEMAK DI BADAN


Salam sahabat, sebelum ini kita tentu dah sangat familiar dengan cara pengiraan berat badan ideal kita melalui  kaedah yang dipanggil Body Mass Index (BMI) namun kaedah ini hanya mengira berat badan ideal berdasarkan  [  berat (kg) / (ketinggian (m)  x ketinggian (m) ) ] = ??? berapa korang dapat...sila tengok jadual di bawah ;-



haaaa kalau yang bawah markah 30 tu kira masih ok lagi la...tapi yang dah lebih 30 kena control sikit laaa makan dan minum tu....jangan sampai dah lebih baru nak control mungkin dah terlambat masa tu..obes ni ada kaitannya dengan penyakit maka beringat-ingat laaa yer... 

Aku bukan nak bercerita berkaitan BMI kerana kaedah ini tidak mengira lemak di badan kita dengan tepat berdasarkan apa yang aku baca melalui blog yang sangat menarik disini. Jadi hari ini aku nak kongsikan lagi satu kaedah tentang pengiraan berat badan berkaitan dengan peratusan lemak di badan seperti di bawah yang aku petik dari blog yang sama.

aku petik :-

Formula ini mungkin tidak berapa tepat tetapi boleh dijadikan rujukan. Masa mengukur adalah di waktu pagi dengan perut kosong setelah tidur sekitar 8 jam.
Lelaki
Berat otot = [(Berat badan x 1.082) + 94.42] – [ukur lilit pinggang x 4.15]
Berat lemak = Berat badan – Berat otot
Peratus lemak = (Berat lemak x 100) / Berat badan
Perempuan
A = (Berat badan x 0.732) + 8.987
B = Ukur lilit pergelangan tangan / 3.140
C = Ukur lilit pinggang x 0.157
D = Ukur lilit pinggul x 0.249
E = Ukur lilit lengan (forearm) x 0.434
Berat otot = A + B – C – D + E
Berat lemak = Berat badan – Berat otot
Peratus lemak = (Berat lemak x 100) / Berat badan
Berat (lbs), ukur lilit (inch)

Amacam dah tahu berapa peratusan lemak badan anda ? tak tahu lilit pinggang ? senang jer ingat anda pakai seluar saiz berapa...tak payah nak cari tali tape nak kira kan... harap info ni berguna untuk kita sentiasa menjaga tahap kesihatan kita..
Wassalam

1 comment:

Unknown said...

TAK FAHAM SANGATLAH HARRAZ..HEHE