Wednesday, February 1, 2012

DALAM MALAYSIA... GUA FOOTBALLER PALING KAYA !!!!!!!!!!!!

Safee Sali hari ini telah menandatangani kontrak selama 2 tahun bersama Pelita Jaya. Pengurusnya, Zakaria Rahim mengumumkan bahawa kontrak itu termasuk pakej bernilai lebih RM2juta untuk selama 2 tahun termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Kelab dan penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC.
Safee juga akan menerima pakej tambahan ‘image rights’ dimana pihak kelab akan mengusahakan untuk Safee mendapat ‘commercial endorsement’ bagi pelbagai product di seluruh Indonesia ini. Kelab Pelita Jaya juga akan mendapatkan syarikat-syarikat yang memerlukan imej Safee bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran.
Safee juga akan diberi peluang untuk bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus apabila peluang dan ruangnya tiba dan bergantung kepada tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara-negara tersebut.