Saturday, February 4, 2012

MALAYSIA VS BAHRAIN 5 FEB 2012 | KELAYAKAN OLIMPIK 2012 ZON ASIA KUMPULAN C | MALAYSIA DIINTIP


MALAYSIA VS BAHRAIN 5 FEB 2012 | KELAYAKAN OLIMPIK 2012 ZON ASIA KUMPULAN C | Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee sememangnya cukup ‘gentleman’.Apa tidaknya, beliau langsung ‘tidak kisah’ jika ada wakil media Bahrain yang mahu ‘mengintai’ kekuatan mereka sepanjang sesi latihan menjelang aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional Manama, Ahad ini (pukul 11.30 malam waktu Malaysia).

Kejayaan Harimau Muda merobek gawang Bahrain sebanyak dua kali sebelum tewas 2-3 pada pertemuan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, November tahun lepas pastinya mengundang teka-teki media negara itu yang barangkali kurang arif mengenai peningkatan mendadak pasukan muda negara. Biarpun percaturan Salman Shareeda yang memasukkan dua pemain gantian, Saad Salah Al-Amer dan Isa Ahmed Muthanna ternyata menjadi apabila meledak ketiga-tiga gol pada penghujung babak kedua dalam perlawanan itu, Bahrain pastinya sedar dengan kemampuan pasukan Olimpik negara yang berupaya membuatkan mereka ‘berputih mata’ ke London.

Menurut Kim Swee, beliau hanya menutup ‘pintu’ latihan kira-kira 20 minit sebelum hari latihan terakhir tamat hari ini. “Buat masa ini, latihan berjalan seperti biasa sejak semalam (kelmarin) dan sejujurnya saya tidak kisah jika media Bahrain hadir bagi ‘mengintai’ kekuatan pasukan kita.“Saya hanya akan mengadakan latihan secara tertutup kira-kira 20 minit sebelum hari terakhir latihan esok (hari ini) bagi mengenal pasti corak taktikal terbaik pasukan,” katanya kepada Kosmo!. Menurut Kim Swee, selain Khairul Fahmi Che Mat yang sah bakal menggalas tanggungjawab sebagai kapten, beliau juga hanya mengumumkan senarai kesebelasan utama sebelum perlawanan bermula.

“Dahulu kita kalah kerana faktor keletihan, justeru tiada lagi alasan kali ini dan saya menuntut kesemua pemain memberikan yang terbaik bagi menghidupkan semula peluang kita layak ke London,” katanya. Skuad Harimau Muda yang turut tewas 0-2 dalam kedua-dua pertemuan menentang Jepun dan Syria bagi aksi kumpulan yang sama sebelum ini kekal di tangga tercorot Kumpulan C tanpa sebarang mata.

Selepas menentang Bahrain, Malaysia akan melayan kunjungan Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Februari depan. Aksi penutup tirai Kumpulan C menentang Syria akan berlangsung di gelanggang berkecuali pada 14 Mac 2012. kosmo online. LIVE STREAMING MALAYSIA VS BAHRAIN 5 FEB 2012 | KELAYAKAN OLIMPIK 2012 ZON ASIA KUMPULAN C AKAN DIUPDATE JIKA ADA.

 LIVE STREAMING MALAYSIA VS BAHRAIN 5 FEB 2012 | KELAYAKAN OLIMPIK 2012 ZON ASIA KUMPULAN C 
LINK1 (AKAN DIUPDATE)
Stadium Nasional Manama
1130 mlm waktu malaysia

No comments: