Wednesday, February 1, 2012

PETROL NAIK 44% TAHUN INI..


Naib Menteri Tenaga Indonesia, Widjajono Partowidagdo berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan harga minyak sehingga 44 peratus pada tahun ini. Menurut beliau, tindakan itu diambil bagi mengurangkan beban kerajaan yang menanggung subsidi tinggi dan menumpukan kepada pembangunan infrastruktur. "Idea itu telah mendapat sokongan daripada orang awam, ahli akademik, ahli perniagaan dan beberapa penggubal undang-undang," tambah Widjajono.

Namun di Indonesia, sebarang kenaikan harga minyak memerlukan perubahan dalam undang-undang dan kelulusan Parlimen serta Presiden. Beberapa penggubal undang-undang turut menentangnya kerana bimbang akan melonjakkan inflasi serta menyebabkan ketegangan sosial. Harga minyak subsidi di Indonesia pada ketika ini ialah 4,500 rupiah (RM1.52) seliter, hampir separuh daripada harga sebenar dan antara terendah di Asia.

Kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak 161.8 trilion rupiah (RM55 bilion) setahun dan pakar ekonomi berpendapat, lebih baik wang itu digunakan untuk memperbaiki infrastruktur yang teruk di negara ini. "Kami akan meningkatkan harga minyak antara 1,000 hingga 2,000 rupiah (34 sen hingga 68 sen) tahun ini. Namun peningkatan itu akan dibincangkan terlebih dahulu di Parlimen," kata Widjajono. - REUTERS

2 comments:

arituarini said...

tanda2 malaysia nak naik jugak tu..kih kih kih

Diari Si Froggie said...

bakal naik.. huhu