KELANTAN VS T-TEAM 17 APRIL 2012 | KELANTAN VS T-TEAM PUSINGAN KEDUA MSL 2012 | KELANTAN bertekad untuk membuka tirai pusingan kedua Liga Super dengan langkah kanan apabila mereka dijadualkan bertemu T-Team di Kuala Terengganu. Selepas gagal mengambil kesempatan mengutip mata penuh ketika aksi di gelanggang sendiri Sabtu lalu, malam ini merupakan peluang terbaik untuk Kelantan mengukuhkan kedudukan di puncak liga biarpun kekurangan dua perlawanan berbanding Lions XII.
Aksi yang kurang bertenaga selepas terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan T-Team pantas disedari oleh ketua jurulatihnya, Bojan Hodak yang dijangka bakal melakukan beberapa rombakan. Menurutnya, beberapa pertukaran akan dilakukan selepas pemain tengah, Shakir Shaari kembali berada dalam kesebelasan utama. Pada perlawanan sebelum ini, Shakir direhatkan atas alasan keletihan.
"Saya telah memberitahu semua pemain tentang kesilapan yang mereka lakukan dalam perlawanan sebelum ini dan saya harap mereka faham serta tidak mengulanginya lagi. "Bukan senang untuk menang tetapi saya percaya kami mampu melakukannya. "Shakir akan kembali dan saya mungkin akan merehatkan Rizal Fahmi kerana dia sudah bermain dalam banyak perlawanan. Ghaddar juga sudah pasti akan bersama kita untuk mengetuai jentera serangan," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu semalam.
Tambah Hodak, seorang lagi penyerang, Norfarhan Muhammad mengalami kecederaan dan beliau akan memantau keadaan pemain itu sebelum membuat keputusan sama ada diturunkan atau sebaliknya pada perlawanan malam ini. Katanya, pasukan T-Team memiliki kekuatan tersendiri, terutamanya apabila mereka bermain menggunakan corak hantaran pendek selain pemain-pemain tengah mereka yang mempunyai kualiti untuk merencanakan gerakan.
"Mereka sentiasa bekerja keras dan saya fikir kita perlu bersedia untuk menyekat mereka. Corak permainan juga pantas dan mereka sentiasa mahu menewaskan kami. "Mereka pasti memiliki kelebihan selain aksi di tempat sendiri. Mereka juga mempunyai rehat yang cukup kerana ini merupakan perlawanan kedua mereka dalam tempoh tujuh hari berbanding kita yang terpaksa berdepan dengan empat perlawanan," ujarnya.
Bagaimanapun, Hodak sentiasa optimis Kelantan sentiasa mampu mengatasi mana-mana pasukan termasuklah ketika beraksi di gelanggang lawan. "Mata penuh di Kuala Terengganu malam esok (malam ini) akan memberikan kita lebih keyakinan untuk terus berdepan beberapa lagi siri perlawanan penting, terutamanya pada saingan separuh akhir Piala FA dan Piala AFC."Saya percaya kita mampu tetapi dengan syarat kita harus beraksi lebih baik berbanding perlawanan sebelum ini. "Kita juga berharap para penyokong akan hadir beramai- ramai untuk memberikan sokongan kepada pasukan," jelas Hodak.sumber
1 comment:
gomo kelate gomo
Post a Comment