VIDEO TEMUBUAL TAN SRI ANNUAR MUSA YANG MENGHERET BELIAU KE JAWATANKUASA TATATERTIB FAM. Apabila meneliti komen dan pandangan TSAM ini bagi aku tiada salah dan silapnya. Komen dan pandangan beliau adalah untuk perkembangan dan kebaikan bola sepak negara.
Mungkin FAM beranggapan perkara yang diutarakan perlu dibincang diperingkat dalaman dan bukannya diluar yang terdedah kepada tatapan umum. Namun kita perlu akur bahawa sukan bola sepak adalah sukan rakyat dan setiap permasalahan dan perkembangannya perlu dikongsi bersama agar kami tahu akan kepincangan dan masalah yang dihadapi, bukan di hak eksklusifkan.
Aku berharap 4 APRIL 2012 keputusan yang baik dan berpihak kepada mereka yang benar-benar ikhlas memperjuangkan mutu dan maruah bola sepak negara, ini akan menjadi satu titik permulaan kepada transformasi yang baik. Jika keputusan sebaliknya aku risau ia akan menjadi satu detik hitam yang tidak memungkiankan lagi suara-suara ihklas menegur untuk peningkatan mutu dan maruah bola sepak negara.
Aku tak berpihak pada mana -mana, cuma apa yang aku dengar dan fikir pandangan dan cara beliau bertindak adalah betul dan tidak perlulah tindakan tatatertib dikenakan.
No comments:
Post a Comment