Salam sahabat, sebelum ini nama Irshad Manji sangat asing bagi aku sehinggalah aku terbaca satu artikel berkaitan bantahan kehadiran beliau ke Borders Bookstore Petaling Jaya 12 Mei ini (Esok). Siapa Irshad Manji ? beliau merupakan penganut 'islam' liberal dan juga merupakan pejuang hak homoseksualiti (LGBT). Beliau hadir untuk mempromosikan sebuah karya terbaru beliau berjudul 'allah kebebasan dan cinta'.
Kehadiran beliau sebelum ini di Indonesia mendapat bantahan hebat penduduk islam disana, jadi aku berharap pihak kerajaan khususnya pihak berkuasa agama mengambil berat tentang agenda yang ingin di bawa oleh individu seperti ini sebelum terlambat kerana bagi aku ia membawa satu ideologi yang boleh memudharatkan pemikiran, akhlak dan gaya hidup masyarakat awam islam di negara ini.
Irshad Manji berpendapat agama Islam menerima homoseksualiti dan meraikan perbezaan orientasi seks yang pelbagai. Ini merupakan tema projek liberal beliau yang dibawa ke setiap negara. Kehadiran Irshad Manji sedang dirancang oleh golongan LGBT (gay dan lesbian) di merata-rata laman sosial untuk diraikan dan kita sebagai umat islam tidak seharusnya memandang sebelah mata tentang perkembangan perkara ini apatah ia akan berlaku di hadapan mata kita.
Kadang-kadang aku terfikir kita orang islam khususnya di Malaysia sekarang terlalu memikirkan soal kuasa atau politik sehingga kita berpecah dan lemah, kita lebih sibuk untuk kutuk mengutuk dan caci mencaci sesama islam apabila sesuatu perkara atau kejadian itu tidak selari atau sefahaman dengan prinsip dan pegangan kita. Tanpa kita sedari musuh-musuh islam sebegini sedang rancak mengatur agenda mereka yang sangat licik lagi membahayakan. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk kita seluruh umat islam kini dan generasi yang akan mendatang.
Antara artikel dan video berkaitan Irshad Manji adalah seperti di bawah.
Banyak lagi kita boleh dapat artikel dan video berkaitan kegiatan beliau. Niat aku hanya untuk menunjukkan kepada sahabat semua tentang perkara-perkara sebegini telah lama bertapak di luar negara dan yang terbaru semalam, Presiden Amerika Syarikat telah mengeluarkan pendiriannya tentang status perkhawinan sejenis semata-mata ingin menjamin survival poitik beliau. Oleh itu kita umat islam perlu bersatu dalam menentang agenda jahat ini agar generasi kita yang akan datang terus terjamin kesuciannya.
2 comments:
Nauzubillah. Terkejut baca entry ni. Terima Kasih untuk info yang sangat menarik ni. Mohon nak share dekat facebook dan twitter ya! :)
boleh tak fyna share entri nih kat blog fyna?
Post a Comment