Thursday, May 17, 2012

SEMAK ONLINE KENAIKAN PANGKAT GURU | SEMAKAN SECARA ONLINE KENAIKAN PANGKAT GURU 2012


SEMAK ONLINE KENAIKAN PANGKAT GURU | SEMAKAN SECARA ONLINE KENAIKAN PANGKAT GURU 2012. Selamat hari guru untuk semua warga pendidik. Seramai 24, 053 guru lepasan ijazah dan diploma di seluruh negara yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan menikmati kenaikan pangkat mulai 1 JUN hingga 31 DIS 2012. Kenaikan pangkat tersebut melibatkan 8,222 pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah dan 15,831 pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma.

Tempoh minimum kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan (time-based) dan berasaskan kecemerlangan dikekalkan.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah:
  • Gred DG41 - Gred DG44 = 8 tahun
  • Gred DG44 - Gred DG48 = 8 tahun
  • Gred DG48 - Gred DG52 = 6 tahun
  • Gred DG52 - Gred DG54 = 3 tahun
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma:
  • Gred DGA29 - Gred DGA32 = 8 tahun
  • Gred DGA32 - Gred DGA34 = 8 tahun
  • Gred DGA34 - Gred DGA38 = 5 tahun
Semakan kenaikan pangkat secara online melalui sistem EPANGKAT boleh dibuat melalui link yang disediakan.



7 comments:

ch000tz said...

semakin hari semakin canggih dah sistem kerajaan kita kan

Anonymous said...

Tak canggih pun. Ramai guru yg sepatutnya dpt naik pangkat ke DG44 tak ada dlm senarai. Blm ada apa2 dah riuh sekampung hingga org kpg pun tahu tapi sebenarnya habuk pun tak de.Apa sbnrnya yg berlaku dgn kakitangan KPM?

Anonymous said...

Mengapakah bahagian naik pangkat untuk sarawak tidak mahu menjawab panggilan telefon. Sibuk ke atau sengaja tidak mahu melayan. Kami telefon bukan untuk bermain tapi untuk dapat kepastian daripada pihak Bhg.Sumber manusia

sAimah said...

Bila kptsn naik pngkt 41 ke 44? Sumbr manusia lmbt proses atau bhgn pnddkn belun perakukan?

Anonymous said...

Kenaikan time based kena mohon isi borang... bukan automatik naik ya... nama yg xde dlm senarai kena lah maklumkan ketua jabatan dan kerani masing2... sayapun hampir terlepas pandang.. tak ingat nk naik pangket.. keje jer.. yelah apa yg dpt niphn msh mencukupi... to klu dpt lebih sapa menolak kan.. nasib baik lah sembang2 dgn senior baru tau pkr ni.. so rajin2 lah bertanya jgn wat hal sdri jer mcm sy..

Anonymous said...

Mereka sentiasa ada 'happy hour' hingga tak sedar nak buat kerja. Inilah org kita yg.................. Tahu2 aja lah.

Anonymous said...

Bukanlah...mereka senantiasa sibuk 'bekerja' sampai tak sempat nk angkat tepon, tak sempat nak up datekan data, tak sempat itu...tak sempat ini...sibuk sangat dengan 'kerja' mereka itu...siannnn...!!!