Thursday, June 28, 2012

FULL VIDEO WACANA PERDANA 24 JUN 2012 | PRU 13 MASA DEPAN ISLAM ?




FULL VIDEO WACANA PERDANA | PRU 13 MASA DEPAN ISLAM ?. Program berbentuk forum ini telah dihadiri oleh tokoh-tokoh ilmiah yang tidak asing lagi di negara kita. Wacana Perdana ini dilihat menarik apabila menyaksikan kehadiran dua watak penting dua parti melayu terbesar iaitu Dr Fadzli merangkap Exco kerajaan negeri Kelantan dan Ustaz Fathul Bari (UFB) (UMNO).

Wacana perdana ini boleh saya simpulkan satu majlis ilmu yang sangat berguna untuk generasi akan datang untuk memahami ilmu politik islam yang berjaya dikupas dengan baik oleh ahli panel yang dijemput. Cuma apa yang kurang enak apabila para penonton dilihat sedikit teremosi dan ditambah burukkan lagi apabila salah seorang ahli panel Dr Ridhuan Tee juga terikut-ikut dengan rentak sebegitu.

Tidak dinafikan di tangan dua kuasa politik ini yang akan mencorak dan menentukan hala tuju politik orang melayu selepas PRU 13 yang akan datang. Sama-sama kita saksikan program ilmiah ini untuk kita mendengar kupasan dan lontaran idea daripada keempat-empat ahli panel tersebut.

No comments: