Monday, June 18, 2012

MOHAMMED MORSI | IKHWAN MUSLIMIN | MENANG PILIHANRAYA PRESIDEN MESIR


MOHAMMED MORSI | IKHWAN MUSLIMIN | MENANG PILIHANRAYA PRESIDEN MESIR. Tahniah diucapkan kepada DR Mohammed Morsi selepas tamat pusingan kedua pengundian Pilihanraya Presiden. Keputusan tidak rasmi DR Mohammed Morsi memperolehi 52.5% berbanding lawannya Ahmed Shafiq 48.5% calon yang ditaja oleh pihak barat yang pro bekas Presiden Hosni Mubarak. Bagi aku ia merupakan satu kemenangan dipihak islam dan kejatuhan kepada mereka yang bersekongkol dengan barat a.k.a Israel.

Dalam paper aku baca hari ni persoalan timbul adakah pihak tentera SCAF akan melepaskan tampuk kuasa selepas pilihanraya berakhir kerana Mesir belum mempunyai Perlembagaan baru dan Parlimen, beikutan keputusan sebuah mahkamah awal minggu ini mengisytiharkan badan perundangan tertinggi itu yang didominasi pergerakan islam tidak sah. Kita harap perkara ini dapat diatasi dengan baik.

Moralnya tiada kuasa yang akan kekal selamanya. Cuma tempoh peralihan itu harus ditangani dengan bijak agar tidak timbul masalah dan kesempatan pihak yang hilang kuasa menimbulkan suasana huru-hara. Minda yang beranggapan hanya satu kuasa atau petadbiran sahaja yang boleh memerintah sesebuah negara adalah  bagi aku satu corak pemikiran yang terkebelakang. Banyak kerajaan datang dan pergi tetapi kehidupan masih terus berjalan...cuma kualiti  pemerintahan tersebut lebih baik atau sebaliknya.

No comments: