Sebelum baca harap letak tepi dulu pendirian kepartian kerana ini bukan entry politik. Insyaallah projek ni jadi kenyataan suatu hari nanti. Aku banyak dengar pelbagai kritikan dan tohmahan berkaitan projek ni. Projek pilihanraya laaaa..projek minta duit rakyat laaa..dan macam-macam lagi komen positif dan negatif. Isunya timbul apabila Kerajaan Negeri Kelantan mula membuka peluang kepada rakyatnya atau sesiapa sahaja yang ingin menderma/wakaf bagi menjayakan projek tersebut. Pasal apa aku kata buka peluang !!! sebab perkataan peluang itu dah sinonim dengan perkara yang baik-baik kan..
Aku tak nak komen banyak pasal projek ni, kalau korang rasa ia bermanfaat ihklaskan hati hulurlah sedikit sumbangan yang termampu untuk diwakafkan. Dalam islam ni kalau dah niat untuk buat baik pun dah dapat pahala..insyallah kalau benar projek ni jadi kenyataan alangkah untungnya kita selagi ia digunakan oleh orang ramai pahalanya insyallah berpanjangangan sehingga kita mati.
Ada orang kata Kerajaan tak patut buat macam ni, kerana ia tanggung jawab Kerajaan yang memerintah. Ada benar tanggapan tersebut, namun membuka peluang untuk rakyat membuat kebajikan dan mendidik rakyat ke arah usaha yang membawa kebaikan dan pahala juga merupakan satu tanggung jawab yang paling utama sesebuah Kerajaan yang memerintah.
Kadang-kadang kita berbangga dengan pembangunan yang pesat tetapi kita lupa pembangunan tersebut tidak seiring dengan pembangunan dan pembentukan kerohanian masyarakat di dalamnya. Jadi jangan duk kalut kalau banyak berlakunya kes-kes keruntuhan moral yang kronik di kalangan masyarakat khususnya anak muda.
Kesimpulannya, pada yang derma..dermalah..kalau yang tak mahu pun tiada masalah. Sumbangan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai boleh disalurkan ke:
No Akaun : 0303 6010 0030 31 Bank : Bank Islam (BIMB)
Nama : Rowstead Systems SDN BHD yang akan dikenali sebagai Baldah Toyyibah(Prasarana) Kelantan SDN BHD, anak syarikat milik penuh PMBK
No comments:
Post a Comment