Wednesday, October 24, 2012

PANDUAN SOLAT SUNAT AIDIL ADHA | CARA SEMBAHYANG HARI RAYA KORBAN | NIAT SOLAT SUNAT AIDIL ADHA


PANDUAN SOLAT SUNAT AIDIL ADHA | CARA SEMBAHYANG HARI RAYA KORBAN | NIAT SOLAT SUNAT AIDIL ADHA. Alhamdulillah pada 26 OKT 2012 ini kita umat islam akan merayakan hari raya aidil adha atau lebih sinonim di negara kita hari raya korban. Semoga kita semua akan sentiasa diberkati dan manfaatkan kesempatan yang masih ada untuk meraikan hari raya aidil adha ini dengan penuh ketakwaan. Selamat hari raya aidil adha dari saya harrazdani.blogspot.com

Panduan Solat Sunat Aidiladha
Takbiratul ihram /Niat solat:

اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ للهِ تَعَالَي
” Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala” (untuk solat seorang diri).

اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ مأموما للهِ تَعَالَي
” Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala” (jika ikut imam – menjadi makmum).

اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ اماما ِللهِ تَعَالَي
” Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala” (jika jadi imam).
-
Membaca doa iftitah.
-
Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.

Membaca fatihah dan surah al Akla.
Rukuk dan sujud seperti biasa.
Iktidal dan berdiri betul ( rakaat kedua ) takbir 5 kali yang diselang-selikan dengan tasbih 4 kali.
Membaca fatihah dan surah al Ghasyiyah.
Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.
Memberi salam.
Disunatkan takbir dan doa,
Membaca dua Khutbah. (sekiranya bersolat secara berjemaah)


SUMBER: ABGTEROR.COM

No comments: