Friday, April 1, 2011
POCO-POCO HARAM
harrazdani : baru-baru ini majlis fatwa Negeri Perak telah mengeluarkan fatwa mengharamkan tarian poco-poco...apabila terbaca berita tersebut pada mulanya saya merasa sedikit pelik..apa signifikannya fatwa tersebut sehingga adanya fatwa mengharamkan tarian tersebut. apabila membaca keterangan dan asas yang disandarkan untuk mengeluarkan fatwa sedemikian barulah saya faham...subhanallah, rupa-rupanya kita secara tidak sedar telah menjadikan satu tarian agama lain sebagai senaman santai dan senaman boleh dikatakan rasmi di beberapa jabatan kerajaan.
selepas ini mungkin pelbagai alasan dan hujah yang akan kita dengar mempertahankan tarian tersebut, tetapi jika ianya telah diputuskan oleh mereka yang arif dalam bidangnya maka kita sebagai insan yang amat daif dan kosong dalam ilmu agama perlulah menerima ia dengan sewajarnya. jika ada hujah menyangkal fatwa ini, ianya tidak salah kerana dalam agama islam menggalakkan perbahasan dan perbincangan untuk mencari kebenaran tetapi ianya perlulah disandarkan dengan al- quran dan sunnah..barulah terbuka pintu hati.
apa yang saya faham selama ini, tarian poco - poco ini berasal dari indonesia, kerana tarian ini sering kali diiringi dengan lagu indon apabila ditarikan, rupa-rupanya ia berasal dari negara filipina dan di amalkan oleh para penganut agama kristian semasa menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka...patutlah pergerakan asasnya berbentuk empat penjuru "seakan salib".. saya sendiri pun pernah mempraktikkannya aduhaii.... masalah masyarakat islam malaysia ni memang suka mengikut tanpa usul periksa..dahulu tarian yoga pernah diharamkan kerana menyerupai amalan agama hindu. Rasulullah pernah bersabda " barang sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka termasuk dalam kaum tersebut".
semoga semua pihak dapat menerimanya dengan hati yang terbuka...tepuk dada tanya iman...bukan tepuk dada tanya selera..kerana selera tu lebih kepada nafsu. tengoklah dengan mata hati insyallah terbuka pintu hati...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment