Thursday, April 14, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!



Alhamdulillah kerana diberi peluang oleh allah swt untuk mendengar video ni. terima kasih kepada kak nini yang berkongsi video ini dalam FBnya. apabila saya mendengarnya seperti ada sesuatu yang menarik saya untuk mendegarnya secara keseluruhan. sehingga mengulanginya beberapa kali. jika saya fikirkan apa yang diuntaikan oleh Dr Asri ini sudah banyak kali kita dengar sebelumnya....tetapi apakah yang membuatkan video ini amat terkesan??..

Jawapan saya ialah kerana melodi yang disertakan bersama kata-kata yang penuh hikmah dan indah daripada Dr Asri... video berlatarkan muzik ini, memang cukup menyentuh perasaan dan menginsafkan kepada sesiapa yang mendengarnya..hari ini saya berasa yakin bahawa muzik itu adalah indah..sangat indah sehingga ia boleh menerobos sehingga boleh mencairkan setiap keegoaan dan kekentalan sekeping hati yang keras....dengan adanya melodi yang indah ini saya berasa lebih menginsafi diri dan memberi kesan yang lebih mendalam kepada kita yang mendengarnya. Penghayatan lebih tinggi dalam konsep mencari tuhan seterusnya memperbaiki diri ini. Benarlah sesungguhnya allah menciptakan setiap insan akan naluri yang suka akan bunyi-bunyian..sebab itulah kita digalakkan bertaranum apabila membaca al-quran.

Apabila kita menghayati setiap kata- kata Dr Asri ini. kita akan merasakan betapa sayangnya allah itu kepada kita, betapa kasihnya allah kepada kita dan betapa luasnya nikmat dan kurnia yang telah kita terima daripadaNYA. tiba-tiba saya melihat disekeliling saya, rupa-rupanya saya ini sangat bertuah.alhamdulillah. oleh itu janganlah bersedih jika kita tiada rumah yang besar dan indah, kereta yang mewah, makanan yang sedap-sedap dan harta yang melimpah ruah. sesungguhnya disisi allah yang ada nilainya adalah iman dan takwa, tak salah jika kita mengidamkan semua itu, tetapi kadang-kadang kita lupa itu semua bukan segalanya..

Kadang-kadang tanpa kita  sedari kesusahan itu lebih merapatkan dan mengingatkan kita padaNYA.. sesungguhnya bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang " yang kita ada ini harapan kita "- hamka. dan janganlah bersedih dengan kekurangan diri dan musibah yang melanda sesungguhnya allah itu maha pemurah dan penyayang..allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan kita, bersabar dan bersyukurlah....

1 comment:

SAYA said...

"syukur kdg kala makamnya lbh tggi dr sabar.ramai org terpaksa bersyukur tetapi belum tentu org yg dapat nikmat itu bersyukur." benar sekali kata2 ini.terasa diri begitu kerdil.