Friday, April 15, 2011

Selamat Mengundi Rakyat Sarawak



Esok  16 APR 2011 merupakan hari mengundi untuk rakyat negeri Sarawak buat kali yang ke sepuluh. Sarawak yang dilengkapkan dengan 27 Daerah dan di dalamnya diwakili oleh 71 Dun  merupakan negeri yang terbesar dan terbanyak bilangan  Dun nya. Selepas hari esok kita akan mengetahui siapakah wakil yang dipilih oleh rakyat Sarawak untuk mewakili suara mereka mengorak langkah  bagi menjamin masa depan yang lebih gemilang dan terbilang.

Saya berharap biarlah pilihanraya kali ini berakhir dengan aman dan damai tanpa apa-apa insiden yang tidak diingini..kepada yang menang tahniah diucapkan dan mereka yang kalah perlu menerimanya dengan hati yang terbuka tanda kita mengiktiraf kesuburan sistem demokrasi  di negara Malaysia yang tercinta ini. biarlah demokrasi itu berjalan di atas landasannya .. sudah hampir sebulan senario politik di Sarawak diwarnai oleh pelbagai isu dan ragam, sehingga ada yang bermasam muka, ada yang tidak bertegur sapa dan pelbagai lagi akibat berlainan ideologi politik. Sedarlah bahawa berlainan ideologi politik adalah takdir allah kepada kita kerana sememangnya manusia diciptakan oleh allah itu berbeza-beza agar kita dapat berkenal-kenalan dan hidup dengan lebih bermakna. Selepas hari esok, biarlah kerajaan yang diberi mandat menjalankan tugasnya, dan tugas kita ialah menjernihkan kembali tali persaudaraan yang mungkin terganggu dan terjejas akibat berlainan fahaman dan ideologi tersebut.

Pendapat saya berkaitan .ketua menteri sarawak iaitu Pehin Seri Taib Mahmud tentunya kenyataan beliau yang mempertikai kenapa 'Kuala Lumpur' mesti menjadi penentu siapa Ketua Menteri di Sarawak ada kebenaranya. Itu adalah kenyataan penting terkait dengan nyah-pemusatan kuasa atau desentralisasi. Sambil Taib mungkin lulus dari aspek mempertahankan 'kedaulatan negeri' dan hak rakyat sarawak. Saya berharap biarlah Taib kekal bertanding tanpa 'Kuala Lumpur' memberi petunjuk bahawa beliau harus 'keluar'. Biarlah rakyat Sarawak yang menentukannya kerana yang lebih memahami dan dekat dengan ketua menterinya adalah rakyat Sarawak sendiri.

Akhir kata, selamat mengundi kepada seluruh rakyat SARAWAK...

No comments: