Oleh : harazdani a.k.a kipas susah mati TRW
Apa yang menjadi masalah pasukan TRW adalah mengekalkan tahap konsistensi. Kelantan dilihat sedikit merudum prestasinya di akhir saingan pusingan pertama dengan kekalahan besar 4-0 ditangan Perak dan sekadar seri 0-0 dengan Sabah. kedua-dua perlawanan tersebut dihadapi selepas mereka membelasah Felda United 6-0 di Kota Bharu, ini jelas menunjukkan Kelantan menghadapi sedikit masalah dalam mengekalkan momentum kemenangan. Apa yang diharapkan perlawanan pada malam esok, Kelantan dapat memulakan perlawanan dengan tenang dan cuba menguasai keadaan seawal yang mungkin kerana dalam bola sepak mereka yang berjaya menguasai dan menyesuaikan diri dengan cepat akan mendapat kelebihan, samentelah Kelantan bermain di gelanggan sendiri. Diharap momentum kemenangan besar mengatasi Perlis dapat diterjemahkan kembali dengan baik oleh kesebelasan pemain.
Saya berharap para penyokong juga perlu menunjukkan kualiti sokongan yang tinggi kepada TRW agar tidak terlalu emosional dan sekaligus menganggu corak dan tempo permainan kedua-dua pasukan terutamanya TRW. Apa yang dapat di lihat, penyokong Kelantan merupakan satu kumpulan penyokong yang fantastik dan amat komited dalam memberi sokongan kepada pasukan, dari awal musim sehinggalah sekarang memasuki di pertengahan saingan, Stadium Muhammad IV tidak pernah sunyi dengan kehadiran dan sorakan para penyokongnya..syabas saya ucapkan. Akan tetapi tahap kesetiaan itu perlulah diterjemahkan dalam bentuk sokongan yang lebih berkualiti dan sihat agar sukan bola sepak di kelantan dan tahap profesional penyokonganya dapat diangkat sebaris dengan mutu permainan yang dipersembahkan. janganlah ada yang membaling objek dan mengejek para pemain secara keterlaluan.
Jika para pemain dan penyokong boleh menunjukkan tahap komunikasi dan kebijakan dalam melakukan tugas masing-masing disertai pula oleh tahap profesional pihak pengurusan tidak mustahil TRW dapat menumpaskan Selangor malam esok dan impian untuk merangkul gelaran Liga Super 2011 akan menjadi kenyataan...insyaalah.
No comments:
Post a Comment