Pada 30 APR 2011 tarikh terakhir untuk seluruh rakyat malaysia yang dipertanggung jawabkan untuk membayar cukai pendapatan . Namun yang demikian ada mereka yang tidak bertanggung jawab dengan cuba menipu untuk mendapatkan keuntungan haram. Seluruh anggota masyarakat di negara ini dinasihatkan berhati-hati dengan e-mel (HASIL refund-payment@hasil.gov.my
) ketika melayari internet, apabila ia telah dikesan sengaja diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri wang orang ramai, terutama wang pembayar cukai.
E-mel yang masih muncul sekali-sekala ketika orang ramai melayari internet itu mengatakan para pembayar cukai layak diberikan bayaran balik sejumlah RM700.
Mereka lalu diminta klik kepada http//62.23.69.2/hasil.gov.my/index.php.htm yang mengarahkan pembayar cukai memberikan butiran diri dan nombor bank mereka.
"Sebaliknya, ia merupakan aktiviti phising oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri maklumat dan wang pembayar cukai,"
Sehubungan itu, menurut beliau, LHDNM turut menasihatkan orang ramai yang menerima e-mel tersebut agar tidak membukanya serta menghapuskannya serta dilarang memberikan sebarang maklumbalas terhadap arahan yang terkandung di dalamnya.
Unit Keselamatan ICT, Jabatan Teknologi Maklumat, LHDNM, katanya dilaporkan telah bertindak pantas dengan melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, apabila mengesan aktiviti tersebut dan laman tersebut juga telah dipintas dan ditutup.
"Menerusi surat edaran tersebut turut dijelaskan bahawa kewujudan e-mel tersebut adalah cubaan kali ketiga dari pihak tidak bertanggungjawab untuk menipu pembayar cukai. Jadi, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati supaya tidak tertipu apabila menerima e-mel tersebut dan e-mel sepertinya," tegasnya.
Sebaliknya, para pembayar cukai sendiri perlu sedar bahawa setiap data dan maklumat pembayar cukai adalah dijamin selamat dalam simpanan LHDNM.
Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan perkara itu bolehlah berhubung dengan Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di talian 1-300-88-3010 atau melalui e-mel callcentre@hasil.gov.my .
No comments:
Post a Comment