Wednesday, April 27, 2011

kenaikan gaji kakitangan awam 15% tahun ini.


Pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja di kementerian ada maklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam pada 1 Mei iaitu jatuhnya tanggal sambutan Hari Buruh tahun 2011 ini. Beliau juga dijangka mengumumkan beberapa insentif kepada kakitangan swasta. Kenaikan gaji kakitangan awam ini dijangka naik sekitar 15% kali ini. kepada penjawat awam, harap-harap ada berita baik 1 MEI ini.

Walaubagaimanapun jika kenaikan gaji tidak selari dengan kenaikan haga barang ianya tidak memberi apa-apa makna, kecuali boleh menambah hutang di bank kerana pendapatan tetap telah tinggi...huhu

Maka tak hairanlah jika Malaysia merupakan antara negara yang hutang isi rumahnya tertinggi di dunia...
oleh kerana itu, berbelanjalah ikut keperluan bukan ikut kemampuan, jika kita ikut kemampuan sampai habis duitlah jawapnya, kerana duit itu kemampuan kita. jika ikut keperluan kita akan berbelanja  ikut akal fikiran dan iman bukan ikut nafsu....

2 comments:

najwa's said...

mana dapat sumber ni?

harrazdani said...

najwa : kali terakhir gaji kakitangan awam disemak pada 1992...15 tahun yang lalu.kemungkinan ada pertimbangan dari segi ini memandangkan beberapa faktor penting, terutamanya faktor politik (PRU13). saya dapatinya di beberapa blog...dan saya telah berhubung dengan seorang kenalan. beliau menyatakan hal ini telah mendapat perhatian serius oleh Kerajaan. just wait and see.tak boleh heboh kerana byk implikasi yang x baik terutamanya impak ke atas harga barang.