Monday, May 9, 2011

"CONTEST ENTRI PALING KENCANG " .

contest entry paling kencang, untuk menyertai klik sini.



Saya tergerak hati ingin menyertai contest yang dianjurkan oleh cik angin ini. Oleh kerana itu, saya harap apa yang saya kongsikan di sini akan menjadi sedikit sebanyak tauladan dan mungkin sebagai sumber motivasi kepada anda semua. Entry ini saya ambil daripada entry lama saya tetapi diubahsuai sedikit untuk lebih menarik.

Apabila saya menonton video ini, seperti ada sesuatu yang menarik  untuk saya terus menontonnya secara keseluruhan. Jika  difikirkan apa yang diuntaikan oleh Dr Asri ini sudah biasa dan banyak kali kita dengar sebelumnya, tetapi apakah yang membuatkan video ini amat terkesan di hati saya. 

Jawapan saya ialah kerana melodi yang disertakan bersama kata-kata yang penuh hikmah dan indah daripada Dr Asri. Video berlatarkan muzik ini, memang cukup menyentuh perasaan dan menginsafkan kepada sesiapa yang mendengarnya. Bermula dari saat ini saya berasa yakin bahawa muzik itu adalah indah, sangat indah sehingga ia boleh menerobos dan mencairkan setiap keegoaan dan kekentalan sekeping hati yang  keras. Dengan adanya melodi yang indah ini saya berasa lebih menginsafi diri dan memberi kesan yang lebih mendalam kepada kita yang mendengarnya. Dalam kata lain, penghayatan lebih tinggi dalam konsep mencari tuhan seterusnya memperbaiki diri ini. Benarlah sesungguhnya Allah menciptakan setiap insan dengan naluri yang suka akan bunyi-bunyian, sebab itulah kita digalakkan bertaranum apabila membaca al-quran.

Apabila kita menghayati setiap kata- kata Dr Asri ini. Kita akan merasakan betapa sayangnya Allah itu kepada kita, betapa kasihnya Allah kepada kita dan betapa luasnya nikmat dan kurnia yang telah kita terima daripadaNYA. Tiba-tiba saya melihat disekeliling saya, rupa-rupanya saya ini sangat bertuah. Alhamdulillah. oleh itu janganlah bersedih jika kita tiada apa yang orang lain ada kerana sesungguhnya disisi allah yang ada nilainya adalah iman dan takwa, tak salah jika kita mengidamkan semua itu, tetapi jangan kita lupa tentang apa yang telah kita ada.

Kesimpulannya, kadang-kadang tanpa kita sedari kesusahan itu lebih merapatkan dan mengingatkan kita padaNYA. Sesungguhnya bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang seperti kata Hamka " yang kita ada ini harapan kita ". Dan janganlah bersedih dengan kekurangan diri dan musibah yang melanda sesungguhnya Allah itu maha pemurah dan penyayang..allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan kita, bersabar dan bersyukurlah....:-)

9 comments:

SAYA said...

memang kencang entri ni:D sarat dengan info+motivasi+terasa dengan dgn Al-Khaliq..semoga entri ni terpilih^_*

Azreen Farhani binti Azman said...

salam . info berguna .


and thanx join . semoga berjaya .


:) terima kasih once again .salam

Anonymous said...

sy memang peminat dr asri sbb beliau bila berhujah sgt bernas dan adil, kata2nya tersusun indah...

harrazdani said...

sri : insyaallah
miss : saja nak mencuba selain menambah kawan blog.
azharr : DRMAZA selain hebat dalam ilmu agama beliau juga hebat dalam sastera.

alin said...

good luck for the contest.. :)

harrazdani said...

rossa alina...tqvm

harrazdani said...

rossa alina...tqvm

Syafika Sarwani said...

wahhh kencang kott!=)
good luck..banyak info yang berguna..
selamat berblogging=)

Addin said...

best entri ni :) banyak info

follow sini . have a nice day