Sunday, May 8, 2011

INTERLOK : Keluarga Seman



Pada kali ini, saya nak berkongsi serba sedikit hasil pembacaan saya berkaitan novel paling kontroversi 2011, iaitu novel Interlok (1971)  karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain. Selepas ia dinobatkan sebagai antara pemenang dalam pertandingan mengarang novel sempena sepuluh tahun Malaysia merdeka ketika itu, mungkin tiada siapa yang tahu, khususnya generasi sekarang ini tetang kewujudan sebuah novel yang mencerminkan tradisi bangsa, kekuatan dan kelemahan dalam mengharungi cabaran membangun sebuah negara yang tercinta ini.  sebuah karya bagi saya telah mencapai mutu sastera yang tertinggi pada zamannya.

Selepas kontroversi yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak tentang interlok ini (tak perlu saya terangkan di sini), saya telah berazam untuk mendapatkannya. Cari punya cari akhirnya saya berjaya dapatkannya dan khatam..huhu di sini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang isi kandungan buku ini berdasarkan dari sisi pandangan saya yang tidak arif dalam bidang sastera, tetapi atas semangat ingin berkongsi serba sedikit maklumat yang saya perolehi, maka saya rasa ingin saya coretkan serba ringkas apa yang saya fahami dari novel ini.

Panjang pulak mukaddimahnya....huhu. Okay,  novel Interlok ini dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Buku Satu (keluarga Seman), Buku Dua (Keluarga Ching Huat), Buku Tiga (Keluarga Maniam) dan ketiga-tiga watak dalam keluarga tersebut digabungkan dalam  Buku Empat iaitu (Interlok). dalam entry ni saya akan ceritakan tentang "Buku Satu- Keluarga Seman".

Kisah keluarga ini bermula di sebuah desa yang bernama Kampung Nyiur Condong, watak utama dalam Buku Satu ini, boleh la dirumuskan hanya melingkari kisah satu keluarga yang dianggotai  oleh Pak Musa, Mak Limah dan anak mereka Seman. Boleh dikatakan mereka sekeluarga hidup dalam suasana kampung yang amat tradisional, berdasarkan suasana persekitaran dan gaya hidup yang digambarkan oleh penulis. apa yang saya perolehi dari novel ini beberapa perkataan baru ialah satunya ialah "jamung" iaitu alat seperti obor yang digunakan oleh masyarakat dahulu sebagai pengganti lampu semasa berjalan di malam hari.

Dalam novel ini, digambarkan masyarakat melayu pada ketika itu sangat terasing dari dunia luar dan hanya melihat kepada gaya hidup yang ala cukup-cukup makan sahaja, dan tidak mahu menerima perubahan dan ilmu pendidikan moden...tetapi dalam masa yang sama kuat mengamalkan ilmu agama. ini telah digambarkan oleh penulis dengan Pak Musa sangat berpuas hati dan berbangga kerana dapat menghalang Seman dari bersekolah. pada masa itu, orang kampung Nyiur Condong beranggapan menuntut ilmu moden adalah satu perbuatan yang sia-sia kerana akhir kesudahannya, orang lelaki akan ke sawah dan orang perempuan akan ke dapur juga. kesannya kanak -kanak kampung Nyiur Condong tidak boleh membaca dan kekallah mereka dalam keadaan buta huruf.

Berdasarkan novel ini, keluarga Pak Musa adalah sebuah keluarga yang berada dan agak senang di kampung Nyiur Condong. sehinggalah pak Musa jatuh sakit yang teruk dan akhirnya meninggal dunia. Penulis sekali lagi mengajak pembaca menyelami kepercayaan orang-orang melayu dahulu dengan kepercayaan karut dan khurafat dengan amalan-amalan bomoh yang menggunakan tangkal atau azimat dalam menjalankan proses rawatan. Mengapa saya katakan demikian, ini kerana Pak Musa telah menderita sakit batuk yang kronik sudah sekian lama, tetapi Seman dan Mak Limah tetap percaya kepada pawang yang bernama Pak Utih (pawang tersohor di Kg Nyiur Condong)...cara pengubatannya juga agak pelik hanya  dengan menyembur air sireh kepada Pak Musa dan menggunakan tangkal, yang dimaklumkan oleh Pak Utih kepada Seman ialah  serpihan tengkorak orang mati dibunuh dan beliau boleh berinteraksi dengan pemilik tengkorak itu..bukankah itu khurafat namanya..

Pada hari Pak Musa meninggal dunia, novel ini menerangkan sikap terpuji orang-orang melayu dengan sikap bergotong royong dan mengambil berat antara satu sama lain, terutamanya jika ada keluarga yang sedang ditimpa musibah. Akan tetapi saya melihat amalan gotong royong memasak ala kenduri tidak lagi sesuai di amalkan pada hari kematian dan ia juga, kalau tidak silap saya tidak digalakkan dalam agama islam.

Selepas kematian Pak Musa, segala cabaran bermula dan ia bukan sahaja terbeban di atas bahu   Seman sebagai waris tunggal keluarga tersebut tetapi amat mencabar kreadibiliti orang melayu sebagai orang asal di Kampung Nyiur Condong. Mengapa saya berkata demikian, kerana rupa-rupanya arwah Pak Musa  telah terperangkap dengan permainan licik dan bijak seorang tauke cina kerana apa yang dianggap hak milik oleh keluarga Seman dan orang kampung, rupa-rupanya adalah di bawah penguasaan tauke cina tersebut. akhirnya Seman terpaksa keluar dari tanah atau rumah yang didiami sejak sekian lama kerana Seman tidak sanggup meneruskan perjanjian yang agak tidak munasabah, seperti yang telah di amalkan oleh arwah pak Musa dan tauke cina tersebut sejak dulu lagi.

Akhirnya Seman dan Mak Limah keluar dari Kampung Nyiur Condong tersebut secara bersembunyi...bukan kerana malu tetapi Seman tidak mahu orang kampung menolongnya. bagi saya, penulis menggambarkan Seman, walaupun seorang yang buta huruf, tetapi mempunyai semangat yang kental dan nilai harga diri yang tinggi. ini kerana beliau tidak sanggup menerima bantuan dari orang kampung dan ingin berusaha dan berdiri di atas kaki sendiri.

kesimpulan yang boleh saya huraikan adalah dalam Buku Satu ini,  novel interlok telah menggabungkan nilai budaya, kepercayaan, ego, dan harga diri dalam satu kisah yang amat berkesan. mengkisahkan orang melayu yang pada ketika itu masih terikat dengan budaya tradisional  yang agak eksklusif dan tidak mahu menerima perubahan yang di bawa. selain daripada itu, sikap tidak berfikir panjang dan hanya melihat kesenangan sementara   juga telah digarap dengan baik sekali oleh penulis. walaubagaimanapun, nilai harga diri dan maruah menjadi penutup Buku Satu ini dengan penuh berkesan sekali.

Selepas membaca novel ini, saya rasa amat terkesan dan amat teruja dengan corak penyampaian penulis....patutlah beliau Datuk Abdullah Hussain menitiskan air mata selepas interlok menjadi kontroversi kebelakangan ini, kerana saya melihat keihklasannya yang amat mendalam dan sikap berterus terang dalam menulis novel ini....dan novel ini sepatutnya menjadi satu novel yang wajib dibaca oleh semua lapisan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Di mana saat ini, saya melihat  perpaduan dan kasih sayang antara kaum di negara yang tercinta ini sedikit tergugat. 

Ringkasan Buku Dua - Keluarga Chin Huat akan menyusul....:-), ini adalah cuma pandangan peribadi saya sahaja.

harrazdani - 0105am 08/05/11.


9 comments:

Izyan Masri said...

PENULIS TAK BERNIAT PON NAK MENGHINA INDIA.SILAP PAHAM JE TU :D

nur said...

baru tahu serba sedikit dari entry ni tentang novel interlok ni.. thanks

Lady ★ Hanna said...

hhuhu. hana da bce novel nie... very interesting novel~

harrazdani said...

izyan...betul tu
nur :kita sama2 berkongsi ilmu yang ada.
awan : novel yang sarat dengan pengajarankan.

mcm ni lah said...

sy pandai buat jamung guna buluh, minyak gas dan kain,.

Udin said...

biasa la saja nak dijadikan isu politik semata2.. padahal byk mesej berguna yg cuba disampaikan oleh penulis dari novel interlok ni.. sbg cth sikap cukup mkn.. jika sikap mcm ni masih diamalkan sampai bila seseorang itu tak akan ke mana2..

harrazdani said...

mcm ni lah : power laa bro boleh buat jamung.
udin : betul,sikap cukup makan jika terus diamalkan sampai bila2 pun melayu takkan maju

Penulis Rindu said...

Hidup kena faham .anatar satu sama lain je..

M Fizan said...

aku tak faham siapa yg mainkan isu perkauman..penulis sgt bijak dan sebab tu buku dia dipilih utk jd novel menengah atas....