Friday, May 6, 2011

Selamat hari ibu



Pada 8 Mei 2011 kita di malaysia akan merayakan hari ibu. apa sebenarnya hari ibu ni? apa asal usulnya ? jadi saya telah meminta bantuan rakan baik saya mr google untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. rupa-rupanya sambutan ini bukan hanya disambut pada hari ahad minggu kedua setiap bulan MEI sahaja , tetapi kebanyakan negara luar ada tarikh-tarikh tertentu. seperti ahad pertama bulan MEI, ahad terakhir bulan MEI dan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.

Ada pendapat mengatakan jika kita merayakan hari ibu, kita sama seperti merayakan hari "ibu kepada tuhan" seperti yang diamalkan oleh orang-orang Greece terdahulu. dan mereka beranggapan hari ibu adalah sama konsepnya seperti kita menyambut perayaan hari valentines day.

Tetapi pada pendapat saya, jika kita sentiasa kaitkan dengan perkara-perkara yang tidak baik sebelumnya untuk menghalang kita melakukan perkara yang baik dan mulia pada hari ini bagi saya ianya agak kurang sesuai. Dalam islam kita sememangnya digalakkan mendoakan kedua ibu bapa setiap hari selepas solat...dan itu telah saya lakukan sebagai tanggung jawab saya sebagai seorang anak kepada ibu dan bapa saya. dan insyaalah ianya akan diteruskan oleh anak saya pula suatu hari nanti. anjuran tersebut menandakan betapa islam menganjurkan kita agar sentiasa mendoakan kerahmatan dan kemaslahatan kedua-duanya. tanpa memilih hari tertentu. akan tetapi jika kita sebagai anak mengkhususkan hari tertentu untuk menunjukkan kasih sayang kita pada seorang ibu rasanya ia amat mulia dan baik.

Hari ibu dan hari valentine adalah amat berbeza...kerana pada hari ibu, kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Selain itu, menghargai jasa ibu ialah anjuran agama. Manakala, budaya hari Valentine umumnya ialah bersifat jalinan kasih antara pasangan yang bercinta yang melibatkan golongan yang berkhawin dan belum kahwin, (kebanyakannya disambut oleh mereka yang belum kawin) ini adalah sesuatu yang lebih dekat dengan larangan agama. Maka, eloklah ia dilarang untuk tutup pintu kejahatan.

ini merupakan pandangan peribadi saya, walaupun tanpa hari ibu pun saya sentiasa menghargai ibu saya tetapi jika ada hari yang dikhususkan bukankah ia lebih baik....sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat...tetapi saya juga akui niat tidak menghalalkan cara, tetapi kali ini saya rasa cara saya betul....:-) selamat hari ibu ummi dan isteriku...semoga sentiasa mendapat rahmat dan dilindungi olehNYA selalu.

9 comments:

nagakeciks said...

saye setuju .... yang penting niat tuh ツ

harrazdani said...

naga : apa pun niat...tp kalau setakat niat jer pun tak boleh jugak...tp kalau niat baik pun dah dapat pahala.insyaalah

Izyan Masri said...

TIBA2 RINDU MAKKKKK T_T

Mohd Shahir bin Shamsudin said...

ramai ilmuan islam tidak mengharamkan kita turut sama meraikan sambutan hari ibu, hari guru dan hari-hari lain yang munasabah.

kadang-kala kita sebagai manusia mudah lupa dan lalai dengan kehadiran insan yang cukup berharga dalam hidup kita. dengan sambutan hari-hari sebeginilah kita dapat me'refresh'kannya semula.

selamat hari ibu. setiap hari adalah hari untukmu :)

orang muo said...
This comment has been removed by the author.
orang muo said...

hari ibu bukan sehari ttpi adalah setiap hari,,,sepanjang hayat...

Ayie said...

sayang mak.. ^^

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selamat Hari Ibu...”Mummy I love You”...
~~~~~~~@@@~~~~~~
Buah mangga buah jambu
Kedua buah dibuat rujak
Aku bangga padamu ibu
Walau lelah tetaplah bijak
~~~~~~~@@@~~~~~~
Roti keju tidaklah mahal
Roti sumbu cukuplah murah
Walau anakmu sungguh nakal
Kasihmu ibu tetap tercurah
~~~~~~~@@@~~~~~~
Anak katak di pinggir sawah
Anak lembu pergi ke taman
Kasih anak sepanjang galah
Kasih ibu sepanjang zaman
~~~~~~~@@@~~~~~~

ABU said...

slmt hari ibu
abu syng ibu