Sunday, May 29, 2011

islam digugat dengan hanya 0.5 peratus alkohol


gambar ihsan dari blog pembawa wacana

Selepas membaca entry dari bro wacana berkenaan bir yang dahulunya dikatakan halal dan tetapi kini bir tersebut dikatakan haram...pulak dah. Saya terfikir atas dasar apakah sebelum ini minuman tersebut dikatakan halal, adakah kerana di luar botolnya ada tertulis "no alcohol" dan pengeluarnya adalah dari negara timur tengah kita mengatakan ianya halal.

Minuman tersebut setelah diuji tahap kealkoholannya (boleh pakai ker perkataan ni...huhu) mengandungi 0.5 peratus kandungan alkoholnya, itu pun atas inisiatif seorang pengguna yang membawa sendiri minuman tersebut ke Jabatan  Agama Johor (JAJ) rujuk  sini,  untuk membuat aduan, kalau tidak sampai bila agaknya umat islam di negara kita bergelumang dengan minuman ini. Untuk info seperti yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kandungan alkohol yang dibolehkan hendaklah tidak melebihi 0.01 peratus dalam setiap makanan dan minuman.

Sebelum ini pun kita dah digegarkan dengan pelbagai bahan makanan yang dahulunya halal sekarang ada kedengaran cerita-cerita yang mengatakan haram. Persoalan yang timbul mengapa banyak sangat yang haram?, jika ada orang bukan islam bertanya mengapa islam banyak sangat mengharamkan, susah laaa agama islam ni !!!, jawapan yang saya akan berikan ialah kerana manusia sendiri yang mencemari perkara yang halal sehingga ia bertukar haram. Ini yang timbul dulunya halal kini haram...dulu tiada alkohol (kalau berdasarkan label pada bir botol tu la), sekarang dimasukkan alkohol, dalam kes lain dahulunya tiada lemak B#$% i sekarang  ada cerita kononnya produk tersebut haram  kerana dikhuatiri terdapat bahan itu.

Sama juga kalau kita lihat dalam hal lain seperti hiburan..islam membenarkan hiburan, tetapi apabila dimasukkan dengan pelbagai unsur pergaulan bebas dan kelucahan melampau ia adalah haram, islam menghalalkan nyanyian tetapi apabila ia dicampurkan dengan perkara-perkara yang melampaui keterbatasan aurat suara ia sudah jadi sebaliknya....ini semua bukan kerana kesempitan islam tetapi angkara tangan-tangan manusia sendiri. Jika kita nak senaraikan perkara yang diharamkan oleh islam berbanding dengan yang halal saya rasa cukup hanya sekeping kertas. 

Saya teringat pesan rasulullah SAW 'di akhir zaman akan tiba satu fitnah yang sangat dahsyat" saya khuatir kita sekarang menjurus ke arah itu  jika kita tidak melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan agak malanglah generasi kita yang akan datang kerana pihak musuh-musuh islam tidak akan berpuas hati selagi kita tidak mengikut mereka. mereka akan terus berusaha walaupun dengan "0.5 pertaus alkohol". Kesimpulannya kalau dah ada cerita-cerita sebegini dah jadi syubahah...maka lebih baik tinggalkan aje lah.

8 comments:

Anonymous said...

penguatkuasaan jabatan agama kita lemah ler

nak dapat sijil halal pun kena pekedai yg apply bukan pegawai yg pergi gempur periksa kedai tu ada sijil halal atau tak / makanan tu ada halal atau tak

nak apply sijil halal mahal woooo... so ramai bisnesman tak apply... pegawai pun x buat tindakan... kita makan last2 kata haram

harrazdani said...

betul tu mie..inilah masalahnya amanah diperdagangkan. amanah diletak tanda harga.

arituarini said...

skang de duit semua jalan...ada duit harm jd halal...kih kih kih kih

ejulz said...

macam2 laa.. perkara2 camni buat pengguna jadi was2.. bila was2 halal ke haram, baik xyah ambik..

solomolo said...

1st time dengar bir halal yang dah tak halal ni...

nuyui a.k.a miss YUI said...

mcm2 la skg nie..

mule2 kata halal.pastu idak plak..

tu tndanya dia suh masak or minum kat umah aje!!

dh kompm2 korg sndiri yg watkan..hehhe..

btw,tq ea sudi sggh n komen kat blog!!

mas saari said...

tak pernah minum air dalam botol camni...bukan apa, rasa macam tak halal je!

harrazdani said...

semua komentator : terima kasih semua, ada hikmah disebalik apa yang berlaku sekarang agar umat islam lebih prihatin setiap apa yang ingin disuapkan ke mulut setiap hari.