Friday, September 9, 2011

cukai prepaid (top up) naik kepada 6 %



Salam to all, nak ucap salam takziah pun boleh la kepada seluruh pengguna prepaid di tanah airku yang bertuah ini kerana berkuatkuasa pada 15 Sept 2011 ni cukai yang akan dikenakan kepada anda adalah sebanyak 6%, kah kah kah....top up RM 10.00 dah jadi RM 10.60..top up RM 100.00 jadi RM 106.00..wow RM6 tuuuu.. Tapi berapa kerat yang agaknya yang top up RM100.00. Bagi aku pengguna prepaid majoritinya terdiri daripada golongan pelajar dan mereka yang tak mahu terikat dengan komitmen membayar bil setiap bulan...dan secara mudahnya mereka ini adalah tergolong daripada mereka yang berpendapatan sederhana. 

Jadi kenaikan ini amat bertepatanlah kerana mereka ini yakni golongan berpendapatan sederhana  termasuklah aku amat banyak wangnya dan tidak tahu ke mana duit gaji bulanan untuk di habiskan. Dengan cara ini serba sedikit meringankan beban untuk memerah otak mencari jalan penyelesaiannya kerana pihak yang bertanggung jawab dah tunjukkan jalannya. Selepas ini naikkanlah lagi cukai-cukai barang bukan mewah agar kami ini akan sentiasa happy dan bergembira sempena menyambut tahun kemerdekaan yang ke54 ini. Kerana kami tahu cukai ini adalah terendah, termurah, tersikit, ter dan ter lagi ..... di rantau asia tenggara mahupun seantaro dunia....alhamdulillah rupanya orang lain lagi tinggi...kah kah kah macam pak pandir daaaa....

17 comments:

shameel Iskandar said...

mungkin ini hadiah hari raya kpd rakyat a.k.a pengguna. Tapi jgn bimbang, jawapannya tetap sama, negara lain lebih tinggi kadar cukainya.

Abang Suara said...

tukar kerajaan =.="

monster kecik said...

60 posen tu bnyk jgk sbny..huhuhu

Cheq Sue said...

pasni mesti sume pun akan ada cukai jugak..

ArulchelseA said...

skang semua de cukai.. maklumlah pilihanraya nak dekat..umno duit tarak.. kena lak ambik sumbangan dari rakyat.. mcm pembangkang ambik sumbangan derma sukarela dari ahli2 nya.. klau kerajaan mana de ahlinya sangup bg sukarela..jadi apa lg..rakyat la jln trakhir.. kih kih..

*nnt de yg kata..topap naik tk de kena mengena ngan kerajaan.. aku gelak kan je la..kah kah kah kah..

afzalsukasuki said...

nasib la aku dah tukar ke postpaid.isk rm10-60sen naik..banyak tu.blh dapat 12 biji gula2

harrazdani said...

zall : postpaid dah lama kene tax laaa bro..hahaha

Anak Wak Mail said...

aku pon memang suka sangat bagi duit kat kerajaan..bersedekah amalan mulia..;)

caliph shuriken said...

bru plan nk bayar benda lain, diorg kasi naik ni plak dh, huh...

ammboi said...

mmm...memang naya la pasni...

::FAIZ FARISH:: said...

naik naik naik... grrr

KiNa said...

jom pakat guna public phone,...=)

biskut said...
This comment has been removed by the author.
biskut said...

selama nih korang pengguna prepaid , takkan dah lupa bayar cukqi 5% ?

dah lupa dah? amnesia ? ke bodoh?
naik 1 percent terus nak nangis?

bodoh

harrazdani said...

biskut : harap faham tajuk enty ini...aku nyatakan..naik "kepada" bermakna kita semua sedia maklum sebelum ni memang dah caj 5 %...isu sekarang kenaikan cukai tersebut...itu aje bro...terima kasih atas komen yang bernas dan menunjukkan anda prihatin.

Dunia CMRatu said...

huhu.. sedih la dengan sikat kerajaan kalau macam ni..

cik kiwi's said...

aah..Lepas tu nnti menteri buat press conference:

"kerajaan x berhasrat menaikkan harga topap tp kerajaan terpaksa krn harga pasaran topap dunia naik mendadak. Rakyat patut bersyukur Harga topup dinegara kita jauh lebih murah berbanding harga topup di mongolia, slovakia, venezuela, macedonia....

bosan je~