Friday, September 9, 2011

dah lupa dah ? amnesia ? ke bodoh ?.....naik 1 percent terus nak nangis.



Salam to all, benarlah kata-kata orang terpelajar, bahasa melambangkan bangsa, dan bagi aku bahasa juga melambangkan peribadi seseorang insan dan tahap IQnya. Aku dapat komen di atas  berkaitan tajuk entry yang membincangkan tentang kenaikan cukai perkhidmatan kad top up bagi perkhidmatan prabayar daripada 5% kepada 6 %. cukai prepaid (top up) naik kepada 6%...Jika mereka yang tinggi ilmu bahasanya beliau akan faham apa maksud "KEPADA" itu. Bagi aku  maksud 'kepada' yang aku gunakan dalam tajuk tersebut bermakna perkara atau sesuatu yang telah sedia ada bergerak  atau berpindah... jadi caj cukai 5% ke atas produk perkhidmatan tersebut memang telah kita sedia maklum sebelum ini dan ianya bertambah 1% menjadi 6%, sebab itu aku gunakan naik "kepada"...tidak timbul isu aku dan kawan-kawan lain tidak mengetahui hal ini kerana ianya adalah basic dalam bahasa melayu yang telah kita pelajari sejak lahir ke dunia lagi, dan sekaligus tidak timbul soal amnesia, sudah lupa atau bodoh.

Berkaitan kenaikan 1%  tu, takde laaa sampai nak nangis mungkin tunggu sampai naik 10% baru boleh nangis kot. hahahah. Kalau semua pengguna berfikiran seperti saudara yang memberi komen, alangkah beruntungnya mereka yang mengenakan cukai, aku pun boleh buka kedai kalau macam ni. Tetapi aku ingin bertanya adakah kenaikan cukai ini selari dengan jumlah pendapatan boleh guna para pengguna semua. Kalau pendapatan boleh guna pengguna secara puratanya meningkat saban tahun, bagi aku tak salah kenaikan cukai ini dilakukan, kerana sedikit sebanyak ia dapat mengembangkan ekonomi negara,  ini Pendapatan boleh guna semakin menyusut..cukai semakin meningkat....dan yang untungnya siapa ????? .

Kesimpulannya, aku amat berterima kasih kepada saudara yang memberi komen, kerana dengan komen tersebut kita boleh membincangkan hal ini dengan lebih panjang. Minta maaf kalau ada bahasa yang aku gunakan menyakitkan hati...tetapi setakat aku berblog alhamdulillah belum pernah rasanya mengeluarkan kata-kata yang mungkin akan menunjukkan kebodohan diri aku.allahu'alam.

17 comments:

blogtilldrop said...

mungkin kita kena kurangkan top-up selepas ni..

SoLy SoLicious said...

"bahasa melambangkan jiwa bangsa"

Amie said...

Assalam,
sedihnya baca.... agaknya memang begitulah rupa bangsa kita....

simanis said...

kasar nya... saya tak suka...

saya pakai bil...

Umie Artoqiemie said...

kuang hajaq dia punya bahasa..

Roti Telur said...

huhu..aku xpa,aku xpkai hp kihkih..

teynteyn the doll said...

ishk3 bahasa jiwa bangsa, baru je lepas sambut merdeka, ckp elok2 sikittt~ ^_^v

ChaCha said...

eloknya bahasa...

Terbelog said...

chat kat fb he la
x pyh top up

sis92 said...

kalau ye pun tak puas hati, kata2 perlu jaga ok?

isu tu, takyah nak berang sgtla..
kenyataan cik biskut tu betul cuma dia mgkin takdpt kwl prasaan hehe

afzalsukasuki said...

adoi bro pecer blogger tu.aku pulak yang panas hati.jauh betul cara dia berbahasa dengan bahasa yang bro gunakan?!!

kokser kokdam said...

lamo xjenguk blog..

guano koba ore kito..?

=D

abgteror said...

nak pulak bagi balik bodoh tu kat si biskut tuh. kalau dulu manede bayar 10.50 nak beli topup....kali nie nak beli kene bayar 10.60 tuk topup 10. kan da rugi nak pecah seringgit lagik. belen 40 sen beli cekelet. itu jea bezanya. suh dia pi ngaji pandai2 dulu. Ntah topup pun mak ayah tanggung. lagi nak tunjuk lagak.

Titisan Hujan said...

fuhh...

ni mesti ada masalah emosi dan tingkah laku.xpn hormon xstabil
^^,

cunndaa said...

teringat pulak kata2 cikgu ekonomi dulu :
"JANGAN TUNJUK BODOH DEPAN ORANG RAMAI"

bila memperbodohkan orang, sebenarnya bodoh itu melambangkan diri dia sendiri..

abg jangan amek hati lah yer, myb topup dia pun mak ayah dia tanggung..bdk hingusan gamaknya tu..

yatie Awang said...

entahlah, manusia kadang2 suka cakap lepas mulut je, tak fikir dah pandangan orang lain

Anak Wak Mail said...

suka2 je cakap orang bodoh..haishhh!