Saturday, May 21, 2011

nak ajak bloger kenal dengan insan ini...



Assalamualaikum...saja buat tajuk pelik sikit mungkin lebih menarik minat para bloger di dashboard..kalau letak nama malcom x , takut ada yang tak masuk terus (tajuk juga bagi saya memainkan peranan penting sebenarnya)...hari ini saya ingin berkongsi tentang bahagian yang paling mengesankan dalam sebuah buku . 'The autobiography of malcom X'.  Entry ini ada kesinambungannya dengan entry semalam berkaitan langkah melangkah mayat..huhuhu. Malcom X merakamkan pengalaman beliau semasa menunaikan haji, selepas menolak pengajaran bersifat perkauman kumpulan kultus kulit hitam 'nation of Islam'.  mungkin ramai yang familiar dengan nama ini, atau mungkin juga yang tidak, saya pernah melihat mug malcom X masa saya masih kecil, tetapi sekarang tak tahu mana mug itu disimpan oleh bapa saya. Malcom X adalah seorang warga kulit hitam  Amerika (Afro - Amerika). Beliau juga merupakan seorang tokoh Muslim kulit hitam Amerika. Teras perjuangan beliau ialah antidiskriminasi dan persamaan hak.

"Selama 11 hari disini saya makan dari pinggan yang sama, minum dari gelas yang sama dan tidur di atas tikar yang sama, sementara menyembah tuhan yang sama dengan saudara seislam yang mempunyai mata biru, rambut perang dan kulit putih. dalam kata-kata dan tindakan orang islam berkulit putih saya merasakan keihklasan yang sama, yang saya rasakan dalam kalangan orang islam kulit hitam dari Nigeria, Sudan dan Ghana."

"Kami benar-benar bersaudara - kerana kepercayaan mereka terhadap tuhan yang satu telah membuangkan sikap kulit putih pada minda, kelakuan dan sikap mereka."

"Dan ini saya melihat, jika kaum kulit putih Amerika dapat menerima satu tuhan, mungkin mereka juga dapat menerima satu kemanusiaan, dan berhenti menilai , menghalang dan menzalimi orang lain di atas "perbezaan" warna kulit" 

Berdasarkan kenyataan beliau di atas menunjukkan ibadah haji telah memberi kesan yang amat besar kepada hati Malcom X. beliau sebelum ini adalah pejuang utama nasionalisme kulit hitam di Amerika dan satu perkauman songsang, dan kini telah sedar satu perjuangan yang melangkaui kaum selepas menganut agama islam sebenar. Kesimpulannya, ini menunjukkan keutamaan persaudaraan sejagat dalam ajaran islam.

al-fatihah untuk beliau yang mati dibunuh (ditembak) pada 21 FEB 1965.

15 comments:

Anonymous said...

entri yg bgs sbb??? sy x tau langsung pasal malcom x ni. sker sejarah tp malas nk bace buku sejarah yg tebal huhuhu..gambatee!!!

harrazdani said...

JG : dua hari lepas saya punya bos cakap....banyakkan membaca sbb dunia ni sentiasa berubah.ape pun baca blog pun ok kan JG.

1 said...

al-fatihah, tQ ats entri yg menarik..

harrazdani said...

JS :terima kasih ;-)

arituarini said...

aku pngil utusan tu kultus..dah dekat rupanya..hehehe..

aku tk tau pasal ni..tq utk info ni..

harrazdani said...

arul : utusan boleh baca tapi bab rencana/agama dan sukan jer...:-)..

techie87 said...

....it ain't about black or white, cause we're human,I hope we see the light before its ruined [Tupac Amaru Shakur].....mnat tol artikel ni....:]... malcolm x ni antara yang orang yang buat perubahan yang byak pada ideologi anti-racism ni.... agak2 orang kita bler nak anti-racism ni? :P... nice entry

harrazdani said...

techie : lama tak dengar lagu tupac, masa depan malaysia bergantung kepada perubahan sikap di kalangan kita.jika kebebasan dan demokrasi ditolak, jika perkauman dan politik agama sempit dibudayakan ke mana kita mahu bawa negara ini.

kokser kokdam said...

raso2 dulu ado crita malcom x di filem kan.. btul ko?

Syahirah Suhaili said...

waa..adiela baru tahu pasal malcom x nie..banyak memberi info :D

harrazdani said...

KK : memang ada....

harrazdani said...

SS : terima kasih singgah..;-)

Anonymous said...

Blog yang baik & menarik Rahimie. Saya dah lama tak menulis di blog. Saudara memang berbakat ;-)

Zamer Rizal Osman @ ZoRrO @ Putera Halimunan said...

Blog yang baik & menarik Rahimie. Saya dah lama tak menulis di blog. Saudara memang berbakat ;-)

harrazdani said...

subhanallah....en zamer...;-) lama tak dengar cerita. bukan bakat pun en zamer...cuma kehendak...semua orang ada kehendak, cuma bagaimana untuk menggerakkannya...