Monday, May 16, 2011

"Wacana Guru Berjasa Bersama Bro Wacana".






Masih pasal hari guru, lagu di atas ni saya dah pernah kongsi dalam entry saya yang terdahulu :-),  terima kasih kepada bro wacana kerana mengadakan satu wacana khas untuk ucapan hari guru ini. Guru digelar antaranya dengan nama pendidik, pensyarah, tutor, ustaz, mentor, murabbi, muaddib, mudarris dan MU'ALLIM.

Bermula dari   kita lahir sehinggalah kita masuk ke liang lahad kita dituntut menuntut ilmu, seperti sabda nabi Muhammad SAW  "  tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad", "tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri china" islam telah awal-awal lagi memplopori gerakan menggesa umat manusia menuntut ilmu agar terkeluar daripada dunia jahilliyah dan kegelapan. dan ini dapat dibuktikan dengan ayat pertama yang diturunkan oleh allah kepada nabi Muhammad SAW ialah "iqra'  - bacalah. oleh kerana itu sesungguhnya kedudukan orang yang menyampaikan ilmu itu ada kedudukan tersendiri di sisi islam. panjang pulak mukaddimahnya ;-)

Hari ini saya nak sampaikan ucapan hari guru kepada semua guru-guru saya bermula dari sekolah rendah sehinggalah ke universiti. segala jasa dan pengorbanan mereka akan saya kenang sampai bila-bila..hanya tuhan yang dapat membalasnya. dan tidak ketinggalan kepada isteri saya, semoga terus tabah melayan kerenah anak murid dan ibu bapa.;-)

2 comments:

RHI said...

selamat hari guru buat isteri Dani...Jasa mereka besar buat kita, walaupun mereka lupa pada wajah kita, tapi kita tak mampu melupakan wajah mereka, kerana merekalah kita sekarang

Cik Pulau said...

jasa guru memang tak ternilai...^^,